Ikuti Kami:

(TERKINI) Semua Ahli BLACKPINK Perbaharui Kontrak Dengan YG Entertainment

(TERKINI) Semua Ahli BLACKPINK Perbaharui Kontrak Dengan YG Entertainment

Akhirnya, YG Entertainment telah mengumumkan status kontrak terkini BLACKPINK!

Terbaru pada 6 Disember, YG Entertainment telah mengesahkan bahawa kesemua ahli BLACKPINK telah memperbaharui kontrak dengan agensi tersebut, untuk aktiviti kumpulan.

Kongsi agensi,

Selepas perbincangan yang teliti dengan BLACKPINK, kami telah menandatangani kontrak eksklusif baru untuk aktiviti kumpulan itu, berdasarkan kepercayaan kukuh yang dipegang antara satu sama lain.

blackpink yg entertainment

Selain itu, CEO Yang Hyun-suk juga turut memberi komen mengenai hubungan berterusan bersama BLACKPINK,

Saya gembira kerana dapat meneruskan hubungan saya dengan BLACKPINK. Pada masa hadapan, BLACKPINK akan melakukan yang terbaik untuk bersinar lebih cerah dalam pasaran muzik global dan sebagai artis K-Pop. Saya akan memberikan mereka sokongan penuh dan kepercayaan terhadap apa yang mereka lakukan.

Bagaimanapun, ianya tidak jelas sama ada ahli akan turut bekerjasama dengan agensi tersebut untuk aktiviti solo.

Hari yang gembira buat BLINKS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...