Ikuti Kami:

Selepas 6 Tahun Bersama, Jeon Somin Sah Akan Tinggalkan ‘Running Man’

Selepas 6 Tahun Bersama, Jeon Somin Sah Akan Tinggalkan ‘Running Man’

Selepas 6 tahun, Jeon So-min nampaknya telah membuat keputusan untuk meninggalkan “Running Man”.

Terbaru pada 23 Oktober, agensi Jeon So-min iaitu King Kong By Starship telah mengumumkan bahawa Jeon So-min akan menjalani penggambaran episod terakhirnya di “Running Man” pada 30 Oktober ini dan akan menarik diri dari program itu.

Jelas agensi,

Sebelum meninggalkan ‘Running Man’, Jeon So-min akan menjalani penggambaran episod terakhirnya pada 30 Oktober. Memandangkan ia bukan hubungan singkat dengan program itu, Jeon So-min berfikir keras mengenainya dan selepas berbincang panjang dengan ahli, pasukan produksi dan agensi, dia akhirnya memutuskan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk mengecas semula dan menunjukkan sisi dirinya yang lebih baik dalam aktiviti masa hadapan, termasuk lakonan.

jeon somin

Tambahnya lagi,

Kami berterima kasih kepada semua yang menangis dan ketawa bersama Jeon So-min di ‘Running Man’ sejak April 2017 selama enam tahun dan kami meminta kasih sayang serta sokongan anda untuk Jeon So-min bergerak ke hadapan.

Selamat maju jaya Jeon So-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...