Ikuti Kami:

“Kami Cuba Tahan Dia..” – Pihak Produksi ‘Running Man’ Ulas Pengunduran Diri Jeon Somin

“Kami Cuba Tahan Dia..” – Pihak Produksi ‘Running Man’ Ulas Pengunduran Diri Jeon Somin

Minggu ini dimulakan dengan berita sedih apabila Jeon So-min mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan “Running Man” selepas 6 tahun berlari bersama.

Menerusi pengumuman rasmi agensi KingKong By Starship, pelakon itu mengatakan bahawa dia mahu berehat seketika bagi mengecas tenaga sebelum kembali aktif, terutamanya dalam bidang lakonan.

Ungkap pihak produksi “Running Man” pula,

Meskipun para ahli dan pihak produksi telah lama berunding tentang cara untuk terus bekerjasama dengan Jeon So-min hingga ke akhir, mereka memutuskan untuk menghormati keputusan Jeon So-min bagi berpisah, dan itu adalah suatu keputusan yang menyedihkan.

jeon somin

Tambahnya,

Kami juga mengucapkan terima kasih yang mendalam buat Jeon So-min yang telah menyinari program ‘Running Man’ dengan cemerlang selama waktu yang lama sebagai ahli program ini. Minta penonton memberikan sokongan hangat dan dorongan kepada Jeon So-min dek membuat keputusan yang sukar. Mereka akan terus memberi sokongan kepada Jeon So-min, yang disebut sebagai ‘ahli tetap selamanya’.

Ujar mereka lagi, tiada apa yang dipastikan lagi mengenai sama ada mereka akan mencari pengganti untuk kekosongan yang ditinggalkan Jeon So-min.

Dalam pada itu, Jeon So-min merupakan antara ahli yang sering menerima komen buruk sejak dari awal kemasukannya. Malah sehingga kini ruangan komen di laman komuniti “Running Man” ditutup daripada akses penonton kerana ianya sering dipenuhi oleh tulisan jahat buat kesemua ahli.

Sedihnya kurang ahli wanita seorang lagi..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...