Ikuti Kami:

Ada Song Joongki, Choi Minho, Tonton 10 K-Drama Pelbagai Genre Akan Tayang November Ini

Ada Song Joongki, Choi Minho, Tonton 10 K-Drama Pelbagai Genre Akan Tayang November Ini

Siap sedia semua peminat K-Drama!

Pada bulan November ini, akan ada banyak lagi drama Korea yang akan menemani hari-hari penonton. Dari drama bergenre misteri hingga romantik, semua 10 drama ini akan menemui anda pada bulan depan.

Jom lihat antara K-Drama yang akan ditayangkan pada bulan November:

1. REBORN RICH

“Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut.

Pelakon utama: Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min

Tarikh tayangan: 18 November

Platform: JTBC, Viu

2. REVENGE OF OTHERS

https://www.youtube.com/watch?v=T1wgdfyla_Q

“Revenge of Others” akan membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.

Pelakon utama: Shin Ye-eun, Park Solomon, Seo Ji-hoon, Chae Sang-woo, Lee Su-min

Tarikh tayangan: 9 November

Platform: Disney+

3. THE FABULOUS

“The Fabulous” merupakan kisah romantik hyper-realistik mengenai impian, cinta dan persahabatan sekumpulan anak muda berusia 30-an, yang mendedikasikan hidup mereka untuk dunia fesyen.

Pelakon utama: Choi Min-ho, Chae Soo-bin

Tarikh tayangan: 4 November

Platform: Netflix

4. CALL MY AGENT!

Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan pengurus selebriti sebuah syarikat pengurusan hiburan, Method Entertainment, yang berkerja dengan profesional dan kehidupan amatur. Mereka merupakan pengurus yang dianggap sebagai penyumbang tersembunyi kepada artis di bawah mereka.

Pelakon utama: Lee Seo-jin, Kwak Seon-young, Seo Hyun-woo, Joo Hyun-young

Tarikh tayangan: 7 November

Platform: tvN

5. PLEASE SEND A FAN LETTER

“Please Send A Fan Letter” ialah drama romantik komedi mengenai seorang selebriti Han Kang-hee (Soo-young), yang menghadapi satu krisis dan hadirnya seorang lelaki, Bang Jeong-seok (Yoon Park), yang ingin menjaga hati anaknya dengan memalsukan serta menghantar surat kepada selebriti itu tanpa pengetahuan anaknya yang menghidapi kanser.

Pelakon utama: Choi Soo-young, Yoon Park

Tarikh tayangan: 26 November

Platform: MBC

6. SOMEBODY

“Somebody” ialah drama bergenre thriller yang mengisahkan mengenai seorang “web developer” yang mencipta satu aplikasi ‘dating’ namun, dia mengguna platform tersebut untuk mencari mangsa pembunuhan serta untuk melakukan jenayah.

Pelakon utama: Kim Young-kwang, Kang Hae-rim

Tarikh tayangan: 18 November

Platform: Netflix

7. I DON’T FEEL LIKE DOING ANYTHING

https://www.youtube.com/watch?v=WVoioWL4prc

“I Don’t Feel Like Doing Anything” akan berkisar tentang seorang wanita berusia 28 tahun yang telah berhasrat pada suatu musim panas, bahawa dia akan berehat dari segala-galanya dalam hidupnya.

Pelakon utama: Im Si-wan, Seol-hyun

Tarikh tayangan: TBA

Platform: ENA

8. THE FIRST RESPONDERS

“The First Responders” berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memadamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak.

Pelakon utama: Kim Rae-won, Gong Seung-yeon, Son Ho-jun

Tarikh tayangan: 12 November

Platform: SBS

9. WEAK HERO CLASS 1

https://www.youtube.com/watch?v=QVSWyU2BmmQ

Drama sekolah aksi ini akan mengisahkan tentang seorang pelajar contoh yang cemerlang di sekolah, tetapi menjadi sasaran mudah pembuli kerana kelemahan fizikalnya. Oleh itu, dia akan melawan menggunakan otaknya.

Pelakon utama: Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung, Lee Yeon, Shin Seung-ho

Tarikh tayangan: 18 November

Platform: Wavve

10. CASINO

https://www.youtube.com/watch?v=pcYxfZrw8bU

“Casino” menceritakan kisah seorang lelaki yang menjadi raja kasino selepas banyak liku-liku. Berikutan beberapa siri insiden, dia kehilangan segala-galanya tetapi kembali ke permainan dengan kelangsungan hidup dan nyawanya yang di hujung tanduk.

Pelakon utama: Choi Min-sik, Son Suk-ku, Lee Dong-hwi, Heo Sung-tae

Tarikh tayangan: TBA

Platform: Disney+

Haa korang paling teruja nak tonton drama mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...