Papar Cabaran Pengurus, Lee Seojin, Kwak Seonyoung & Ramai Lagi Terajui ‘Call My Agent’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Lee Seo-jin bakal jadi pengurus? Wow! Untuk drama ke betul-betul ni?
Baru-baru ini satu video teaser untuk drama terbaru, “Call My Agent” sudah disiarkan yang mempamerkan beberapa teraju utamanya.
Drama “Call My Agent” bakal menampilkan empat teraju utama di syarikat, Method Entertainment, iaitu Lee Seo-jin sebagai Matthew, Kwak Seon-young sebagai Chun Jae-in, Seo Hyun-woo sebagai Kim Jung-don dan Joo Hyun-young sebagai Soo Hyun-joo.
Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan pengurus selebriti sebuah syarikat pengurusan hiburan, Method Entertainment, yang berkerja dengan profesional dan kehidupan amatur. Mereka merupakan pengurus yang dianggap sebagai penyumbang tersembunyi kepada artis di bawah mereka. Ini kerana mereka bersatu dengan semangat untuk melakukan segala-galanya untuk ‘pelakon’ mereka.
tvN drama <#CallMyAgent> 1st trailer, broadcast in November.#LeeSeoJin #KwakSunYoung #SeoHyunWoo #JooHyunYoung
— K-Drama Casting (@kdramacasting) September 26, 2022
Melihat kepada peranan yang perlu mereka bawa, pihak produksi turut berkongsi bahawa,
Sebagai pengurus, kita perlu benar-benar melakukan segala-galanya untuk pelakon di bawah kita. “Call My Agent” akan memenuhi skrin kecil pada bulan November. Kami meminta sokongan daripada anda untuk kisah realistik pengurus yang tinggal di belakang tabir untuk menjadikan bintang bersinar lebih cemerlang.
Nantikan gandingan mereka berempat okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




