Ikuti Kami:

Drama Impian & Cinta, Choi Minho Bergandingan Dengan Chae Soobin Dalam ‘The Fabulous’

Drama Impian & Cinta, Choi Minho Bergandingan Dengan Chae Soobin Dalam ‘The Fabulous’

Choi Min-ho dan Chae Soo-bin bakal bergandingan dalam drama Netflix terbaru!

Jika korang tengok di laman Twitter Netflix Korea, satu imej poster bagi drama, “The Fabulous” yang menggandingkan Choi Min-ho SHINee dan juga Chae Soo-bin.

Drama ini mengisahkan mengenai impian, cinta dan persahabatan dalam kalangan anak muda yang mendedikasikan hidup mereka dalam dunia fesyen.

Drama itu juga dijangka bakal ditayangkan pada 4 November akan datang. Chae Soo-bin bakal memegang watak sebagai Beo Ji-eun, seorang pengurus daripada agensi jenama mewah, manakala Choi Min-ho bakal memegang watak sebagai Ji Min, seorang ‘retoucher’ bebas yang naif dalam segala hal tetapi membesar sambil belajar tentang cinta dan impian.

Nantikan drama terbaru dari dorang okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...