Nampaknya, penonton akan dapat lihat ramai pelakon hebat bergabung dalam satu drama!
Pada 13 Jun, Disney+ telah mengumumkan Choi Min-sik, Son Suk-ku, Lee Dong-hwi dan Heo Sung-tae sebagai teraju utama bagi siri akan datang “Casino”.
Choi Min-sik, yang memikat penonton di seluruh dunia dengan pelbagai naskhah termasuk “Oldboy”, “I Saw the Devil” dan banyak lagi, akan membintangi drama pertamanya dalam tempoh 26 tahun. Son Suk-ku, yang baru-baru ini menerima perhatian menerusi “My Liberation Notes” dan sebelum ini dia juga pernah membintangi “Nothing Serious”, “D.P.” dan banyak lagi.
Kemudian, Lee Dong-hwi telah menonjolkan kemahiran lakonannya melalui filem seperti “Extreme Job”, “My First Client”, siri “Pegasus Market” dan banyak lagi. Heo Sung-tae turut meninggalkan kesan hebat melalui “Squid Game”.
Dalam pada itu, siri asal Disney+ yang akan datang “Casino” menceritakan kisah seorang lelaki yang menjadi raja kasino selepas banyak liku-liku. Berikutan beberapa siri insiden, dia kehilangan segala-galanya tetapi kembali ke permainan dengan kelangsungan hidup dan nyawanya yang di hujung tanduk.
“Casino” akan diarahkan oleh pengarah “The Outlaws” Kang Yoon-sung yang memenangi Pengarah Baharu Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-54 dan di Anugerah Seni Filem Chunsa ke-23.
Nantikan “Casino” akan ditayangkan pada separuh kedua 2022 melalui Disney+!