Ikuti Kami:

Disiarkan 3 Kali Seminggu, ‘Reborn Rich’ Diterajui Song Joongki Tayang November Ini

Disiarkan 3 Kali Seminggu, ‘Reborn Rich’ Diterajui Song Joongki Tayang November Ini

Setelah lama menanti, drama “Reborn Rich” akhirnya bakal menemui penonton tak lama lagi!

Bagi yang belum tahu, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya akan diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan, dalam drama ini, Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Terbaru, JTBC telah melancarkan poster pertama, sekaligus mengumumkan tarikh tayangan perdana untuk drama berkenaan.

Siap sedia semua, “Reborn Rich” akan mula ditayangkan pada 18 November ini, dan bakal disiarkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...