Ikuti Kami:

Meski Popular, Ini Sebab Song Joongki Terajui Filem ‘Hwaran’ Tanpa Bayaran

Meski Popular, Ini Sebab Song Joongki Terajui Filem ‘Hwaran’ Tanpa Bayaran

Walaupun dah popular, namun Song Joong-ki tidak menjadikannya tiket untuk mengambil projek bagi kepentingan diri sendiri sahaja.

Baru-baru ini, pelakon lelaki tersebut disahkan bakal menerajui filem noir “Hwaran” ‘tanpa jaminan’ di mana dia memilih untuk tidak menerima bayaran untuk kemunculan itu. Khabarnya, Song Joong-ki mahu menyokong kualiti artistik naskhah berkenaan.

Filem ini membawa kisah Yeon-gyu (Hong Sa-bin) yang mahu melarikan diri dari realiti menyesakkan. Apabila bertamu Chi-geon (Song Joong-ki) yang bertugas sebagai pengantara sebuah organisasi, kedua mereka bersama-sama menelusuri dunia yang berbahaya.

Naskhah ini akan dihasilkan oleh HISTORY D&C, yang merupakan agensi naungan Song Joong-ki. Pun begitu, agensi berkenaan menjelaskan penyertaan produksi mereka tidak berkaitan dengan keputusan pelakon tersebut untuk tidak menerima bayaran asing bagi kemunculannya.

hwaran

Kongsi Song Joong-ki,

Saya gembira dapat muncul di dalam ‘Hwaran’ dan kerana ia merupakan satu projek yang memberi cabaran baru buat saya, ianya terasa segar. Saya ternanti-nanti set penggambaran penuh persaingan dan keghairahan yang bakal dibina bersama pengarah dan pelakon.

Dalam pada itu, Song Joong-ki bakal muncul dalam drama “The Conglomerate” di JTBC yang membawa kisah seorang setiausaha keluarga kaya teraniaya yang dilahirkan semula sebagai anak bongsu mereka.

Hebat lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...