Song Joongki Raih Anugerah Utama, ‘The Red Sleeve’ Dinobat Drama Terbaik Di ‘APAN Star Awards 2022’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Pada malam ini, telah berlangsung majlis berprestij yang dinantikan ramai iaitu ‘APAN Star Awards 2022’.
Berlangsung dari Kintex 2 Hall, acara itu diacarakan oleh ‘pasangan drama’ popular iaitu Jung Il-woo dan Yuri Girls’ Generation.
Banyak anugerah yang dipertandingkan namun kategori yang paling dinantikan ramai ialah ‘Drama Terbaik’ dan juga pemenang Daesang iaitu Anugerah Utama pada malam itu.

Bagi anugerah ‘Drama Terbaik’, ianya dimenangi oleh “The Red Sleeve” yang menerima pujian ramai pada tahun lalu kerana plot dan lakonan hebat yang ditampilkan oleh Lee Jun-ho dan Lee Se-young. Malah Lee Jun-ho turut dinobat sebagai pemenang ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ bagi siri mini dalam majlis ini.
Bagi Daesang pula, ianya berjaya dirangkul oleh Song Joong-ki yang popular dengan watak Vincenzo Cassano dalam drama “Vincenzo” yang ditayangkan di tvN pada tahun lalu.

Tahniah semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




