Siap sedia semua untuk K-Drama baru di Disney+!
Pada 7 September, Disney+ telah mengesahkan keluaran filem thriller dendam “Third Person Revenge”, yang akan dibintangi Shin Ye-eun, Park Solomon, Seo Ji-hoon, Chae Sang-woo, Lee Su-min dan Jung Soo-bin.
Untuk pengetahuan, “Third Person Revenge” akan membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.
Shin Ye-eun akan memegang watak utama wanita sebagai Ok Chan-mi yang mencari kebenaran tentang kematian abang kembarnya. Manakala Park Solomon akan berperan sebagai Joo Ji-heon, seorang budak lelaki yang membalas dendam terhadapa mereka yang terpinggir di sekolah. Wataknya juga dijangka akan memaparkan ‘chemistry’ yang istimewa bersama Ok Chan-mi.
Seterusnya, Seo Ji-hoon akan membawa watak Seok Jae-beom, yang mengejar jejak kejadian dalam ingatan yang hilang. Chae Sang-woo sebagai Ki Oh-seong, yang kelihatan sempurna di luar tetapi ada banyak masalah yang tidak diketahui ramai.
Merupakan K-Drama yang amat dinantikan pada tahun 2022, “Third Person Revenge” bakal menemui penonton secara eksklusif menerusi Disney+ pada November ini.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.