Cari Pembunuh Kembarnya, Shin Yeeun Dilamar Terajui ‘Third Person Revenge’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Nampaknya semakin mencurah-curah tawaran lakonan buat Shin Ye-eun!
Terbaru, wanita itu dilaporkan bakal menerajui drama “Third Person Revenge”. Bakal ditayangkan di laman OTT, ianya membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya.
Shin Ye-eun ditawarkan untuk membawa watak Ok Chan-mi, iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang kuat pada yang berkuasa dan baik pada yang lemah. Tidak memiliki personaliti yang berwarna-warni namun dia mempunyai penampilan unik dan mempersonakan.

Agaknya Shin Ye-eun akan terima tak tawaran ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




