Ikuti Kami:

Pelbagai Seleksi, 9 K-Drama Baru Temui Anda Oktober Ini

Pelbagai Seleksi, 9 K-Drama Baru Temui Anda Oktober Ini

Terujanya bila masuk bulan baru sebabnya dah pasti banyak K-Drama baru yang bakal ditayangkan nanti!

1. My Dangerous Wife

MBN | 5 Oktober

mbn my dangerous wife

Sudah pun berkahwin selama 6 tahun, Shim Jae-kyung (Kim Jung-eun) merupakan seorang yang bijak, baik dan kaya namun suaminya dalam diam mula berasa bosan dengan perkahwinan ini. Dalam diam, suaminya iaitu Kim Yoon-cheol (Choi Won-young) bermain cinta dengan Jin Su-mi (Choi Yoo-hwa) iaitu pekerja di restorannya. Tanpa disangka, kehidupan Shim Jae-kyung yang bahagia itu mula serabut selepas dia terlibat dengan sebuah kes penculikan misteri.

2. Private Lives

JTBC & Netflix | 7 Oktober

jtbc private life

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.

3. The Tale Of The Nine Tailed

tvN | 7 Oktober

tvn tale of the nine tailed

Naskhah yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik musang berekor sembilan) bernama Yi-yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Yi-rang iaitu adik tiri kepada Yi-yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

4. Do Do Sol Sol La La Sol

KBS | 7 Oktober

netflix do do sol sol la sol

Ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo La-la (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki yang dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.

5. Search

OCN | 17 Oktober

ocn search

“Search” ialah sebuah drama thriller misteri mengenai sebuah operasi pencarian yang diperkenalkan untuk membongkar rahsia disebalik kehilangan misteri dan kes pembunuhan yang berlaku dalam zon demiliterisasi (DMZ).

6. Start-Up

tvN | 17 Oktober

tvn start-up

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Drama ini membarisi Suzy sebagai Seo Dal-mi yang menanam impian untuk menjadi ‘Steve Jobs’ Korea manakala Nam Joo-hyuk pula membawa watak Nam Do-san sebagai penaung Samsan Tech. Kim Seon-ho menggalas watak Han Ji-pyung, seorang ketua pasukan di SH Venture Capital dan Kang Han-na pula ialah CEO dan generasi kedua orang kaya iaitu Won In-jae.

7. The Spies Who Loved Me

MBC | 21 Oktober

mbc the spies who loved me

Drama komedi romantik yang saspens ini membawa kisah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia perisikan. Kang Ah-reum (Yoo In-na) ialah seorang pereka gaun perkahwinan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali di mana kedua suaminya menyimpan pelbagai rahsia yang memeningkan. Jun Ji-hoon (Eric) pula ialah suami pertama wanita tersebut dan merupakan ejen yang tidak boleh dijangka di Interpol. Derek Hyun (Im Joo-hwan), si suami kedua pula ialah seorang perisik korporat yang sangat bijak dan juga gila dengan persaingan.

8. Kairos

MBC | 26 Oktober

mbc kairos

“Kairos” ialah sebuah ‘drama thriller fantasi mengenai pengembaraan masa’ di mana takdir Kim Seo-jin (Shin Sung-rok) yang anak perempuannya diculik mula berbelit dengan Han Ae-ri (Lee Se-young), seorang wanita yang sedang mencari ibunya yang hilang. Daripada perspektif Kim Seo-jin, Han Ae-ri berada sebulan sebelumnya namun mereka berdua boleh berkomunikasi daripada waktu yang berbeza. Dengan kelebihan ini, mereka berdua bergabung tenaga bagi menyelamatkan orang yang tersayang.

9. Penthouse

SBS | 26 Oktober

sbs penthouse

“Penthouse” membawa kisah seorang wanita yang berusaha mencapai impiannya untuk memasuki sebuah komuniti mewah dengan menjadi ‘permaisuri’ di tingkat 100 sebuah penthouse terletak di Gangnam. Merupakan tanda aras kejayaan baginya, wanita itu sanggup menjadi ‘orang jahat’ untuk melindungi dirinya sendiri.

Jangan lupa untuk susun balik jadual marathon K-Drama anda untuk selitkan pelbagai naskhah baru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...