Ikuti Kami:

Rebut Takhta ‘Permaisuri’ Paling Kaya & Berkuasa Di Gangnam, Drama ‘Penthouse’ Dibarisi Pelakon Wanita Hebat

Rebut Takhta ‘Permaisuri’ Paling Kaya & Berkuasa Di Gangnam, Drama ‘Penthouse’ Dibarisi Pelakon Wanita Hebat

Baru-baru ini SBS telah mengumumkan barisan pelakon untuk sebuah drama bertajuk “Penthouse” yang bakal bersiaran selepas drama “Do You Like Brahms?” tamat nanti.

“Penthouse” membawa kisah seorang wanita yang berusaha mencapai impiannya untuk memasuki sebuah komuniti mewah dengan menjadi ‘permaisuri’ di tingkat 100 sebuah penthouse terletak di Gangnam. Merupakan tanda aras kejayaan baginya, wanita itu sanggup menjadi ‘orang jahat’ untuk melindungi dirinya sendiri.

Antara pelakon yang telah disahkan bakal membarisi drama ini ialah Lee Ji-ah yang bakal melakonkan watak Shim Soo-ryeon iaitu seorang wanita yang lemah lembut, elegan, bermaruah dan tidak pernah merasai kehidupan susah sepanjang hidupnya selain merupakan ‘ketua’ di kawasan penthouse tersebut.

Kim So-yeon pula akan melakonkan watak Cheon Seo-jin, seorang wanita kaya yang merupakan lambang berlagak dan menunjuk-nunjuk malah turut berselindung di sebalik cita-cita yang jahat.

Bagi Eugene, dia akan membawa watak Oh Yoon-hee iaitu seseorang yang tak pernah merasai manis kekayaan selain menjalani hidupnya sambil mengetap gigi dan melakukan pelbagai kerja bagi menampung diri sendiri. Dengan segala usahanya, dia cuba untuk memasuki komuniti kaya tersebut supaya anaknya akan hidup senang suatu hari nanti.

Uhm Ki-joon menggalas watak Joo Dan-tae, seorang yang bijak menguruskan hartanah dan setia menerima pulangan lumayan setiap kali melabur. Lelaki ini juga merupakan suami keran Shim Soo-ryeon. Manakala watak Kang Ma-ri iaitu OKB (orang kaya baru) dan menjalani dua kehidupan secara rahsia pula akan dilakonkan oleh Shin Eun-kyung.

penthouse

Dari kiri: Uhm Ki-joon, Shin Eun-kyung, Bong Tae-gyu

Bong Tae-gyu pula ialah Lee Kyu-jin, satu-satunya anak kepada sebuah keluarga kaya dalam bidang perundangan bahkan dia sendiri merupakan seorang peguam di sebuah firma guaman. Watak Ha Yoon-cheol akan dilakonkan oleh Yoon Jong-hoon di mana lelaki itu percaya bahawa seorang lelaki seharusnya memiliki kekayaan dan kuasa. Dia merupakan suami kepada Cheon Seo-jin dan bertugas sebagai ketua pembedahan di jabatan VIP di hospital tempat dia bekerja.

Park Eun-seok diberikan tanggunjawab untuk membawa watak Gu Ho-dong iaiatu seorang guru pendidikan jasmani yang banyak muslihat di sebuah sekolah sastera manakala Yoon Joo-hee akan melakonkan watak Go Sang-ah, seorang bekas penyampai berita dan isteri kepada Lee Kyu-jin.

penthouse

Dari kiri: Yoon Jong-hoon, Park Eun-seok, Yoon Joo-hee

Menurut pihak produksi “Penthouse”, penonton boleh menjangkakan sesuatu yang hebat daripada drama ini,

Ini adalah drama yang paling dinantikan pada pengujung tahun ini. Selepas memilih stesen penyiarannya, ‘Penthouse’ bakal menutup tahun 2020 buat SBS dengan bergaya. Sila letakkan harapan kepada drama tidak dijangka ini yang bakal menjadi perbualan utama di medial sosial.

Bunyi macam ala-ala “SKY Castle” sahaja! Sama-sama kita saksikan tayangan drama ini nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...