Ikuti Kami:

Lee Dongwook Jadi Musang Berekor Sembilan, Penonton Teruja Lihat Klip Pendek ‘Tale Of The Nine Tailed’

Lee Dongwook Jadi Musang Berekor Sembilan, Penonton Teruja Lihat Klip Pendek ‘Tale Of The Nine Tailed’

Semakin hari semakin berdebar menantikan tayangan drama lakonan Lee Dong-wook dan Kim Bum iaitu “Tale Of The Nine Tailed” di tvN!

Naskhah yang digambarkan sebagai drama fantasi urban ini mengisahkan tentang seorang gumiho lelaki (makhluk mistik musang berekor sembilan) bernama Yi-yeon (Lee Dong-wook) yang tinggal di bandar serta seorang pengarah produksi (Jo Bo-ah) yang tidak kenal erti takut dan berusaha keras menjejaki makhluk itu. Kim Bum pula membawa watak Yi-rang iaitu adik tiri kepada Yi-yeon dan lahir separuh manusia dan separuh gumiho.

tale of the nine tailed

Selepas sekian lama menantikan drama ini, satu klip pendek “Tale Of The Nine Tailed” telah pun diriliskan buat tatapan penonton. Dalam sedutan itu dapat dilihat Lee Dong-wook duduk dalam bangunan usang yang gelap selain diiringi lampu malap yang menyeramkan.

Menyusup keluar daripada almari buku, lelaki itu menarik tali leher sambil matanya berubah tajam seperti musang dan berkata,

Betul awak mahu lihat dunia yang dihuni oleh saya?

Nantikan “Tale Of The Nine Tailed” yang bakal menemui semua pada Oktober nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...