Ikuti Kami:

Misi Bongkar Pembunuhan Di Zon Demiliterisasi, Drama Thriller Misteri ‘Search’ Mula Tayangan 17 Oktober Ini

Misi Bongkar Pembunuhan Di Zon Demiliterisasi, Drama Thriller Misteri ‘Search’ Mula Tayangan 17 Oktober Ini

Dengar cerita ramai yang dah tak sabar nak tengok drama terbaru OCN yang bakal menampilkan gandingan Jang Dong-yoon dan Krystal.

“Search” ialah sebuah drama thriller misteri mengenai sebuah operasi pencarian yang diperkenalkan untuk membongkar rahsia disebalik kehilangan misteri dan kes pembunuhan yang berlaku dalam zon demiliterisasi (DMZ).

Sarjan Yong Dong-jin (Jang Dong-yoon) yang hampir sahaja menamatkan latihan ketenteraan wajibnya tiba-tiba dikerah untuk menyertai satu misi khas betul-betul sebelum tarikh tamat latihannya. Disebabkan oleh pengalaman mengagumkannya sebagai ‘pendekar’ terbaik dalam Batalion Pengintipan Bersenjata, Yong Dong-jin akan bekerjasama dengan anjing pengesannya dalam bagi menyelesaikan misi ini.

Son Ye-rim (Krystal) ialah seorang leftenan berkemahiran tinggi dan bijak yang turut menyertai pasukan penyiasat itu sebagai pegawai khas. Wanita itu juga dikatakan hanya tenang meskipun DMZ berada dalam kucar-kacir.

ocn search

Moon Jung-hee (Kim Da-jung) ialah seorang askar simpanan yang pernah menjadi ketua bagi pasukan gempur khas yang bertugas dalam melawan aktiviti keganasan. Namun kini wanita itu hanya bekerja sebagai pemandu pelancong di kawasan Dewan Peringatan DMZ.

Song Min-kyu (Yoon Park) ialah seorang pegawai elit yang menjadi ketua untuk misi pencarian tersebut. Turut bekerjasama dengannya ialah Lee Joon-sung (Lee Hyun-wook) iaitu seorang pembantu ketua misi yang memiliki pemikiran seperti seorang tentera yang sebenar.

Ramai rasanya yang dah tak sabar menonton “Search”, tayangan bakal bermula pada 17 Oktober nanti selepas “Missing: The Other Side” menamatkan tayangannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...