Ikuti Kami:

Rilis Klip Pendek, Penonton Dah Tak Sabar Mahu Tonton Drama ‘Start-Up’ Gandingan Suzy & Nam Joohyuk

Rilis Klip Pendek, Penonton Dah Tak Sabar Mahu Tonton Drama ‘Start-Up’ Gandingan Suzy & Nam Joohyuk

Rasanya ramai yang dah rindu nak lihat Suzy berlakon selepas “Vagabond” tamat tahun lepas kan? Pasti peminat wanita itu melompat gembira apabila mengetahui bahawa pelakon tersebut bakal muncul dalam sebuah drama tvN baru bertajuk “Start-Up” Oktober nanti!

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Kalau anda nak tahu naskhah ini digarap oleh Park Hye-ryun (“I Hear Your Voice”), diarahkan oleh Oh Choong-hwan (“Hotel Del Luna”) dan mereka berdua pernah bekerjasama dalam drama “While You Were Sleeping”.

tvn start-up

Drama ini membarisi Suzy sebagai Seo Dal-mi yang menanam impian untuk menjadi ‘Steve Jobs’ Korea manakala Nam Joo-hyuk pula membawa watak Nam Do-san sebagai penaung Samsan Tech. Kim Seon-ho menggalas watak Han Ji-pyung, seorang ketua pasukan di SH Venture Capital dan Kang Han-na pula ialah CEO dan generasi kedua orang kaya iaitu Won In-jae.

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton yang sudah lama menunggu, sebuah sedutan klip pendek untuk mempromosikan “Start-Up” sudah pun diriliskan. Dalam video tersebut, tajuk ini digambarkan sebagai ‘sebuah perniagaan yang dibangunkan oleh teknologi inovatif dan idea’.

Malah penonton disajikan dengan Seo Dal-mi, Nam Do-san, Han Ji-pyung dan Won In-jae sedang bekerja keras dalam menyiapkan tugasan mereka.

Teruja betul nak lihat kesemua pelakon ini! Nantikan Oktober nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...