Ikuti Kami:

Ambil Inspirasi Latar Belakang Ala ‘Silicon Valley’, Drama ‘Start-Up’ Sahkan Barisan Pelakon Utama

Ambil Inspirasi Latar Belakang Ala ‘Silicon Valley’, Drama ‘Start-Up’ Sahkan Barisan Pelakon Utama

Fuhh! Tak menang tanganlah peminat K-Drama nak melayan pelbagai drama baru yang bakal ditayangkan nanti. Salah satu daripada drama yang menerima jangkaan yang tinggi ialah “Start-Up” di bawah saluran tvN.

“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Kalau anda nak tahu naskhah ini digarap oleh Park Hye-ryun (“I Hear Your Voice”), diarahkan oleh Oh Choong-hwan (“Hotel Del Luna”) dan mereka berdua pernah bekerjasama dalam drama “While You Were Sleeping”.

tvn start-up

Sudah lama diuar-uarkan, kini pihak produksi drama itu sudah mengesahkan barisan pelakon utamanya.

Suzy akan membawa watak Seo Da-mi, seorang yang mempunyai impian untu menjadi seperti Steve Jobs di Korea dan sudah pun memiliki rencana tersendiri. Wanita ini juga menjerumuskan diri dalam pelbagai pekerjaan separuh masa dan merupakan seorang yang sangat cergas. Katanya, watak ini sangat bersesuaian dengan Suzy yang sentiasa ceria.

Watak Nam Do-san yang merupakan penaung kepada Samsan Tech pula akan dilakonkan oleh Nam Joo-hyuk. Pernah menjadi kebanggaan keluarga selain seorang yang bijak pandai dalam bidang matematik, namun kini lelaki itu gagal dalam urusan pelaburan syarikatnya selama 2 tahun lamanya. Rupanya lelaki itu merupakan cinta pertama Seo Dal-mi dan wanita itu berusaha keras untuk membetulkan salah sangka lelaki itu suatu ketika dahulu dengan memulakan syarikat ‘start up’ sendiri.

tvn start-up

Dari kiri: Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho, Kang Han-na

Kim Seon-ho pula diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak Han Ji-pyung yang memulakan sebuah syarikat ‘start up’ untuk melangsaikan hutangnya. Merupakan seorang ketua pasukan di SH Venture Capital, kebolehannya yang hebat dalam pelaburan dan lidahnya yang tajam menyebabkan dia digelar sebagai ‘ Gordon Ramsay dalam bidang pelaburan’. Meskipun bersikap tegas dengan orang lain namun dia hanya berlembut dengan seseorang yang pernah membantunya suatu ketika dahulu.

Terakhir sekali, Kang Han-na akan membawa watak CEO Won In-jae yang memiliki segalanya yang dihormati oleh masyarakat iaitu latar belakang pendidikan, penampilan yang menawan dan berduit. Pun begitu, dia menganggap posisinya sebagai anak orang kaya generasi kedua sebagai satu kelemahan terbesar bagi dirinya dan melakukan segala yang mungkin bagi mengecap kejayaan dengan sendirinya tanpa bantuan orang lain Walaubagaimanapun, dia digunakan oleh ayahnya sendiri dan selepas dibuang, wanita itu bangkit bagi memulakan perniagaan ‘start up’ yang baru.

Bagi yang dah teruja selepas mendengarkan sedikit sebanyak mengenai “Start-Up”, khabarnya drama ini akan menemui penonton pada Oktober nanti. Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...