Ikuti Kami:

‘Big Mouth’ Lakonan Lee Jongsuk & YoonA Bakal Tayang Di Disney+

‘Big Mouth’ Lakonan Lee Jongsuk & YoonA Bakal Tayang Di Disney+

Mesti ramai dah tak sabar nak lihat gandingan Lee Jong-suk bersama Yoon-A dalam drama “Big Mouth” kan?

Terbaru, Disney+ telah mengumumkan bahawa selain bakal ditayangkan di tvN, drama “Big Mouth” turut boleh ditonton menerusi laman penstriman tersebut. Menurut Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan dan Pembangunan, Asia Pasifik The Walt Disney Company,

Kami berbesar hati mempersembahkan kandungan Korea yang luar biasa yang akan memikat penonton di seluruh dunia. Sebagai rakan kongsi kreatif jangka panjang, Disney akan terus mempamerkan cerita terbaik dunia, termasuk kandungan tempatan, dengan bekerjasama dengan beberapa pencipta terbaik di rantau Asia Pasifik.

Sementara itu, “Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.

disney+ kdrama

Tambahan, drama lain yang juga bakal ditayangkan di Disney+ ialah “Crazy Love” lakonan Kim Jae-wook dan Krystal, “Soundtrack #1”, lakonan Park Hyung-sik dan Han So-hee serta “Moving”, dibintangi oleh Park Hee-soon dan Kim Shin-rok.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...