Ikuti Kami:

Sembunyikan Kuasa & Kesakitan, Park Heesoon & Kim Shinrok Sah Terajui Siri Disney+ ‘Moving’

Sembunyikan Kuasa & Kesakitan, Park Heesoon & Kim Shinrok Sah Terajui Siri Disney+ ‘Moving’

Park Hee-soon dan Kim Shin-rok telah disahkan bakal terajui drama siri Disney+ akan datang “Moving”!

Kedua-dua agensi pelakon tersebut telah mengesahkan penampilan mereka dalam drama “Moving” yang diarahkan oleh Park In-je. “Moving” ialah drama aksi, di mana kanak-kanak masa kini hidup dengan kuasa besar tersembunyi dan ibu bapa yang hidup sambil menyembunyikan rahsia masa lalu yang menyakitkan, sambil menghadapi bahaya besar yang melangkaui zaman dan generasi.

Park Hee-soon akan memegang watak sebagai Kim Deok-yoon, iaitu seorang yang sanggup untuk mempertaruhkan segala-galanya demi menyelesaikan misi mengikut perintah dalam acara penting yang berlaku dalam kerja itu. Dia adalah watak yang mempunyai emosi yang kompleks setelah melalui beberapa siri peristiwa, yang mana akan menambah ketegangan sepanjang drama.

Manakala Kim Shin-rok, yang makin dikenali sejak penampilannya dalam siri Netflix “Hellbound”, akan melakonkan watak sebagai Yeo Woon-gyu, watak yang tersembunyi di sebalik kuasa besar dalam drama itu. Yeo Woon-gyu ialah seorang yang merancang dan mengarahkan apa sahaja untuk kejayaan misi dalam kuasa besar yang tersembunyi di bawah tabir.

disney+ moving

Bukan itu sahaja, drama ini juga akan melibatkan bintang hebat yang lain seperti Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Jo In-sung, Cha Tae-hyun dan ramai lagi.

Siri “Moving” akan dikeluarkan hanya melalui Disney+ pada separuh kedua 2022. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...