Ikuti Kami:

Kisah Romantik Kim Jaewook & Krystal, ‘Crazy Love’ Bakal Tayang Di Disney+ Pada Mac Ini

Kisah Romantik Kim Jaewook & Krystal, ‘Crazy Love’ Bakal Tayang Di Disney+ Pada Mac Ini

Akhirnya, penonton akan boleh lihat gandingan antara Kim Jae-wook dan Krystal dalam “Crazy Love” pada Mac ini!

Drama baru Isnin-Selasa KBS 2TV “Crazy Love”, adalah drama yang membawa kisah seorang lelaki yang berpura-pura hilang ingatan apabila diberitahu dia akan dibunuh dan seorang wanita yang berlakon menjadi tunangannya. Kim Jae-wook akan melakonkan watak Noh Go-jin, seorang pengajar matematik hebat dalam negara dan CEO kepada GO Study. Manakala Krystal pula akan memegang watak Lee Shin-ah, setiausaha lelaki itu yang sentiasa bergerak dibawah perhatian orang lain.

Pasukan produksi “Crazy Love” mendedahkan,

Drama itu akan mula bersiaran di KBS 2TV pada pukul 9:30 malam pada hari Isnin, 7 Mac. Selain itu, ia telah diputuskan untuk disiarkan serentak di luar negara melalui perkhidmatan penstriman bertaraf dunia Disney+.

kbs crazy love poster

Selain itu, poster pertama drama ini juga telah dikeluarkan dengan memaparkan Kek perkahwinan dengan figura pengantin lelaki dan pengantin perempuan berdiri. Darah merah mengalir keluar dari kek ini, yang nampaknya cukup manis. Berbeza dengan pengantin lelaki dengan tangan digenggam, pengantin perempuan dalam gaun pengantin putih tulen sambil memegang tukul yang mengerikan.

Jangan lupa saksikan “Crazy Love” pada 7 Mac ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...