Ikuti Kami:

Jadi Suami Isteri, Lee Jongsuk & YoonA Sah Terajui Drama Noir ‘Big Mouth’

Jadi Suami Isteri, Lee Jongsuk & YoonA Sah Terajui Drama Noir ‘Big Mouth’

Nampaknya penonton akan disajikan dengan gandingan visual menarik di antara Lee Jong-suk dan Yoon-a (Girls’ Generation) menerusi drama “Big Mouth” nanti.

Drama noir ini membawa kisah seorang peguam kelas ketiga yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Lee Jong-suk bakal berlakon sebagai Park Chang-ho, seorang peguam kelas ketiga dengan peratus kemenangan sebanyak 10%. Dia merupakan seseorang yang tin kosong, jadi rakan sekerja menggelarkannya sebagai ‘Big Mouth’. Namun satu hari, dia disalah sangka sebagai penipu terkenal bernama ‘Big Mouse’ dan sekaligus meletakkan hidupnya di dalam bahaya.tvn big mouthYoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho. Dia merupakan penyokong utama yang membantu menjadikan suaminya sebagai peguam dan selepas mengetahui bahawa lelaki itu disalah erti sebagai membantu, Go Mi-ho melakukan segalanya bagi membersihkan nama Park Chang-ho.

Khabarnya drama ini akan menemui penonton di tvN pada 2022.

Mesti mantap gandingan Lee Jong-suk dan Yoon-A kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...