Utama Drama Korea Gandingan Romantik Park Hyungsik & Han Sohee, ‘Soundtrack #1’ Tayang Di Disney+...

Gandingan Romantik Park Hyungsik & Han Sohee, ‘Soundtrack #1’ Tayang Di Disney+ Pada Mac Ini

disney+ soundtrack #1

Ramai kan yang dah tak sabar nak saksikan gandingan antara Han So-hee dan Park Hyung-sik?

Terbaru, “Soundtrack #1” disahkan bakal bersiaran menerusi laman Disney+ bermula Mac ini.

Ia merupakan drama muzik romantik mengenai seorang wanita dan lelaki yang sudah 20 tahun berkawan. Pun begitu, perasaan keduanya meula berubah apabila mereka tinggal sebumbung selama 2 minggu.

disney+ soundtrack #1

Park Hyung-sik akan berlakon sebagai Han Sun-woo, seorang jurugambar yang sedang menaik dan kurang bercakap namun mempunyai personaliti yang baik. Han So-hee pula bakal berlakon sebagai Lee Eun-soo, seorang penulis lirik yang menyeronokkan dan jujur lantas tidak takut untuk menyuarakan apa yang yang terbuku di dalam hati.

Bakal dihiasi dengan pelbagai runut bunyi yang mendayu, “Soundtrack #1” ternyata menaikkan jangkaan ramai apabila beberapa penyanyi OST untuknya didedahkan baru-baru ini iaitu terdiri daripada Kyuhyun, Park Bo-ram dan Davichi.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...