Ikuti Kami:

2 Tahun Sepi, Park Seojoon Akan Temui Penonton Dalam 5 Projek Berbeza Pada Tahun Ini

2 Tahun Sepi, Park Seojoon Akan Temui Penonton Dalam 5 Projek Berbeza Pada Tahun Ini

Setelah lama menyepi, pasti ramai yang rindu ingin lihat naskhah baru lakonan Park Seo-joon, kan?

Dari drama, filem hingga ke rancangan hiburan, Park Seo-joon akan kembali menemui peminat menerusi 5 projek berbeza yang telah dijadualkan untuk tayang pada tahun 2023 ini.

Jom lihat senarai di bawah!

Concrete Utopia

concrete utopia

“Concrete Utopia” adalah filem yang dibintangi Park Seo-joon, Park Bo-young dan Lee Byung-hun, yang akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.

Gyeongseong Creature

gyeongseong creature

“Gyeongseong Creature” akan diterajui Park Seo-joon dan Han So-hee, sebuah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup, dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Ia akan ditayangkan pada suku keempat 2023 nanti menerusi Netflix.

Dream

park seojoon iu dream

Seterusnya, filem “Dream” akan membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan. Park Seo-joon akan membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Naskhah ini akan turut dibintangi IU, Lee Hyun-woo dan ramai lagi. Untuk pengetahuan, filem ini telah selesai penggambaran pada April 2022 lalu.

The Marvels

park seojoon the marvels

Filem “The Marvels” iaitu sekuel kepada “Captain Marvels” telah mengesahkan tayangannya pada Julai 2023, bermakna penampilan sulung rasmi Park Seo-joon di Hollywood akan menemui penonton tak lama lagi. Sebelum ini, laporan dari webzine RPK Amerika iaitu Daniel Richman telah berkongsi bahawa pelakon lelaki itu dijangka akan memegang watak sebagai Putera Yan, iaitu ketua di planet muzik di mana semua orang menyanyi dan berkomunikasi.

Seojin’s

park seojoon youn's kitchen

Bukan sahaja drama dan filem malahan, Park Seo-joon juga akan tampil dalam program hiburan yang dipanggil “Seojin’s”, spin-off daripada rancangan “Youn’s Kitchen”, mengenai ahli yang membuka restoran Korea di luar negara. Selain itu, ahli yang akan sertai Lee Seo-jin juga telah disahkan dengan Jung Yu-mi, Park Seo-joon, V BTS dan Choi Woo-shik turut ikut serta.

Jadi, projek Park Seo-joon yang mana korang paling teruja nak tonton?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...