Ikuti Kami:

Setelah 2 Tahun, Filem ‘Dream’ Diterajui Park Seojoon & IU Tamat Penggambaran

Setelah 2 Tahun, Filem ‘Dream’ Diterajui Park Seojoon & IU Tamat Penggambaran

Nampaknya, filem “Dream” bakal menemui penonton tidak lama lagi!

Pada 18 April, filem “Dream” arahan Lee Byung-hun dilaporkan telah selesai menjalani penggambaran setelah 2 tahun, dan kini sedang dalam proses pasca produksi.

Park Seo-joon yang merupakan pelakon utama bagi filem ini memberi komen,

Saya sangat bersyukur kerana saya dapat menamatkan penggambaran dengan selamat. Saya harap penonton akan menyukainya.

IU yang juga merupakan peneraju utama turut berkata,

Ia adalah penggambaran filem cereka pertama saya. Saya fikir ia akan kekal dalam ingatan saya untuk masa yang lama, kerana ia telah mengumpul lebih banyak kenangan daripada kerja lain.

Sementara itu, filem “Dream” membawa kisah sekumpulan orang yang cuba untuk bertanding di Piala Dunia Gelandangan, iaitu acara bola sepak antarabangsa tahunan. Park Seo-joon akan membintangi sebagai Yoon Hong-dae, seorang pemain bola sepak profesional dalam percubaan tatatertib, yang menjadi jurulatih pasukan bola sepak yang teruk. Manakala IU akan berperan sebagai Lee So-min, seorang pengarah penerbit yang bercita-cita tinggi, yang sedang membuat dokumentari tentang pasukan itu.

filem dream

Tambahan, tarikh tayangan bagi “Dream” masih belum diumumkan, dan akan disahkan selepas tamat pasca produksi.

Sama-sama kita nantikan keluaran filem ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...