Setelah lama menanti, program spin-off “Youn’s Kitchen” akhirnya bakal menemui penonton tak lama lagi.
Untuk pengetahuan, tvN telah mengesahkan bahawa PD Na Young-suk akan melancarkan program baru yang dipanggil “Seojin’s”, spin-off daripada rancangannya “Youn’s Kitchen”, mengenai ahli yang membuka restoran Korea di luar negara.
Terbaru, tvN mengumumkan bahawa “Seo Jin’s” akan mula ditayangkan pada bulan Februari ini,
Seojin’s’ dijadualkan untuk disiarkan pada bulan Februari. Namun, butiran organisasi belum diputuskan.
Selain itu, ahli yang akan sertai Lee Seo-jin juga telah disahkan dengan Jung Yu-mi, Park Seo-joon dan Choi Woo-shik turut ikut serta.
View this post on Instagram
Sebelum ini, V BTS juga telah mengesahkan penampilannya dalam program yang sama, apabila dia memuat naik fotonya memakai baju dengan wajah Lee Seo-jin di bahagian belakang.
Sama-sama kita nantikan tayangan “Seojin’s” Februari nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.