Siap sedia semua untuk saksikan filem “Concrete Utopia” yang akan menampilkan ramai pelakon hebat!

Untuk pengetahuan, “Concrete Utopia” yang dibintangi Park Seo-joon, Park Bo-young dan Lee Byung-hun, adalah filem yang akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.
Terbaru, pasukan produksi “Concrete Utopia” telah melancarkan foto pertama Park Seo-joon, sekaligus berkongsi sedikit sebanyak butiran tentang filem berkenaan.
Dalam filem ini, Lee Byung-hyun akan memegang watak sebagai wakil penduduk di pangsapuri dengan rasa tanggungjawab yang kuat. Apabila menghadapi masalah, dia sendiri akan mencari penyelesaiannya.
Sementara Park Seo-joon dan Park Bo-young akan menjadi pasangan suami isteri berusia 30-an, yang bekerja sebagai penjawat awam dan jururawat, yang terselamat di situ.
Selain itu ketika sesi temu bual, pengarah turut menjelaskan perbezaan filem ini dengan filem bencana yang lain, dengan berkata,
Orang yang ditimpa bencana lebih penting daripada situasi bencana itu sendiri. Saya berfikir tentang bagaimana watak-watak itu akan ditunjukkan, dan yang paling penting, saya cuba untuk tidak menggambarkan watak penjahat dengan mudah. Saya berharap penonton akan melibatkan diri dalam filem itu dan berfikir, ‘Bagaimana saya boleh melakukannya?’.
Nantikan filem “Concrete Utopia” dijangka bakal disiarkan pada tahun ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉