Ikuti Kami:

Peminat K-Drama ‘Confirm’ Kenal! Kenali Jo Hanchul Yang Bermula Sebagai Pelakon Teater

Peminat K-Drama ‘Confirm’ Kenal! Kenali Jo Hanchul Yang Bermula Sebagai Pelakon Teater

Mesti ramai yang tengah layan drama “Reborn Rich” sekarang, kan?

Bagi siapa yang menonton drama “Reborn Rich” pastinya akan perasan dengan pelakon Jo Han-chul yang memainkan watak sebagai Jin Gong-gi, iaitu anak kedua Kumpulan Sunyang dan seorang yang bercita-cita tinggi untuk bermain muslihat bagi mendapatkan apa yang dia mahu.

Dalam artikel kali ini, Kimchi Daily akan berkongsi sedikit sebanyak perjalanan Jo Han-chul sebagai seorang pelakon, dari drama yang pernah dibintanginya dan bagaimana dia mula menceburi bidang lakonan.

Biodata Jo Hanchul

jo hanchul

Jo Han-chul dilahirkan di Korea Selatan pada 13 Mei 1973 bermakna, usianya telah pun mencecah 49 tahun pada 2022.

Meskipun tiada info lanjut, Jo Han-chul juga telah berkahwin dan dikatakan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Tambahan, pelakon itu juga sedang bernaung di bawah agensi Noon Company, yang juga merupakan ‘rumah’ kepada Kim Seul-gi, Woo Ji-hyun dan ramai lagi.

Perkembangan kerjaya Jo Hanchul

jo hanchul

Jo Han-chul memulakan kerjaya sebagai pelakon teater pada tahun 1988 dalam drama “One Room”. Setahun kemudian, dia membintangi filem pertamanya iaitu “Peppermint Candy” dengan watak kecil.

Selepas dua dekad, Jo Han-chul telah membuktikan bakat lakonannya yang memuaskan dalam filem box office “Along with the Gods: The Last 49 Days” yang ditayangkan pada tahun 2018.

Khususnya pada tahun 2018, Jo Han-chul pernah membintangi filem “Along with the Gods: The Last 49 Days” dan berjaya membuat namanya dikenali secara meluas kepada orang ramai. Untuk pengetahuan, pelakon itu menggantikan Oh Dal-soo untuk watak Pendakwa 1, dan telah menerima komen yang menggalakkan untuk keserasiannya dengan Im Won-hee dalam filem berkenaan.

Kemudian, untuk kali keduanya, Jo Han-chul merupakan pengganti pelakon Yoon Tae-young dalam drama “100 Days My Price”, di mana dia memegang watak sebagai seorang Raja.

Naskhah yang dibintangi Jo Hanchul

jo hanchul

Kalau korang peminat setia drama Korea, Jo Han-chul pastinya antara pelakon yang pernah korang lihat dalam pelbagai naskhah.

Antara drama atau siri popular yang pernah dibintangi Jo Han-chul adalah seperti “Oh My Ghost”, “Vincenzo”, “Hometown Cha Cha Cha”, “The Law Cafe” dan terbaru “Weak Hero Class 1” serta “Reborn Rich”.

Akan datang, Jo Han-chul akan menemui penonton dalam drama “Gyeongseong Creature” dan “Stealer: Seven Joseon Coins”.

Kemudian, pelakon itu juga muncul dalam filem pelbagai genre seperti “The Wailing”, “The Pension”, “Default”, “Heaven: To the Land of Happiness” dan “The Cursed: Dead Man’s Prey”.

jo hanchul

Haa korang kenal Jo Han-chul menerusi drama atau filem mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...