Ikuti Kami:

Joo Won Sah Terajui Drama Jenayah Komedi Baru ‘Stealer: Seven Joseon Coins’

Joo Won Sah Terajui Drama Jenayah Komedi Baru ‘Stealer: Seven Joseon Coins’

Siap sedia semua untuk drama baru lakonan Joo Won!

Terbaru, Joo Won telah disahkan akan terajui drama tvN akan datang berjudul “Stealer: Seven Joseon Coins”.

Untuk pengetahuan, “Stealer: Seven Joseon Coins” ialah drama aksi komedi caper, di mana pencuri aset budaya misteri Skunk dan pasukan pemulihan aset budaya tidak rasmi Karma, bekerjasama untuk melawan mereka yang tidak boleh dihakimi oleh undang-undang.

Dalam drama ini, Joo Won akan menghidupkan watak Hwang Dae-myung, seorang penjawat awam Bahagian Siasatan Khas Pentadbiran Warisan Budaya. Hwang Dae-myung adalah watak luar biasa yang sangat mengambil berat tentang jumlah cuti tahunan yang dia ada dan akan tidur siang pada waktu bekerja.

joo won

Namun, kehidupannya menjadi lebih luar biasa apabila dia disyaki bergaul dengan pencuri Skunk atas sebab tertentu. Memandangkan Hwang Dae-myung menjadi ahli Karma, jangkaan tinggi terhadap perubahan yang akan dihadapinya daripada menjadi penjawat awam yang hanya memungut gaji bulanannya, kepada ahli pasukan pemulihan aset budaya tidak rasmi yang direkrut untuk menangkap Skunk.

Selain itu, pelakon lain yang turut disahkan akan membintangi drama ini adalah Lee Joo-woo, Jo Han-chul, Kim Jae-won dan Choi Hwa-jeong.

Dalam pada itu, drama “Stealer: Seven Joseon Coins” akan memulakan penggambaran tak lama lagi, dengan matlamat untuk disiarkan pada tahun depan.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...