Ikuti Kami:

“Postur Senamannya Hebat” – Kim Jongkook Kagum Lihat Badan Berotot Pelakon ‘Carter’ Joo Won

“Postur Senamannya Hebat” – Kim Jongkook Kagum Lihat Badan Berotot Pelakon ‘Carter’ Joo Won

Pada 4 Ogos lalu, Kim Jong-kook telah memuat naik satu video di saluran YouTubenya, menampilkan pelakon “Carter”, Joo Won.

Dalam video tersebut, Joo Woon dilihat sedang bersenam dengan membina badan berotot, bagi menambah berat 7kg, untuk penggambaran filem “Carter”. Joo Won berkongsi pada Jong-kook bahawa dia melakukan senaman setiap hari sebagai rutin.

Apabila dia mula membuka baju hoodie yang dipakainya dan mendedahkan tubuhnya, Jong-kook tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dengan berkata,

Wow, ada banyak otot!

kim jongkook joo won

Melihat Joo Won bersenam, Kim Jong-kook terus mengagumi tubuh badan Joo Won dengan memuji,

Kualiti ototnya dan lain-lain, dia telah banyak bersenam. Saya sebenarnya sangat terkejut. Saya tidak sangka dia mempunyai postur senaman yang hebat, keupayaan luar biasa untuk mengawal kekuatannya, dan yang paling penting, otot-otot ini. Dia pastinya jenis orang yang bersenam secara tetap.

Tonton video penuh Kim Jong-kook bersama Joo Won di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...