Ikuti Kami:

“Saya Fikir Awak Seorang Atlet” – Individu Kagum Lihat Kim Jongkook Bersenam Di Gim

“Saya Fikir Awak Seorang Atlet” – Individu Kagum Lihat Kim Jongkook Bersenam Di Gim

Kim Jong-kook sememangnya dikenali sebagai seorang yang ‘gila’ bersenam.

Terbaru pada 11 Ogos, Kim Jong-kook telah memuat naik video baharu di saluran YouTubenya “GYM JONG KOOK”.

Menerusi video yang dikeluarkan, Kim Jong-kook berkongsi perjalanannya ke Los Angeles untuk konsert selepas sekian lama. Apabila sudah lewat tengah malam, dia memutuskan untuk pergi ke Gim yang dibuka 24 jam, untuk bersenam.

Ketika sedang bersenam, seorang lelaki tempatan di situ menghampirinya dan bertanya soalan kepada Jong-kook tentang petua untuk bersenam. Penyanyi dan penghibur itu berkongsi,

Saya tidak berbasikal atau treadmill. Sebaliknya, saya bermain bola sepak atau tinju. Lebih penting untuk meningkatkan jisim otot daripada obses untuk diet.

gym jongkook

Rasa kagum dan terkejut melihat tubuh berotot Kim Jong-kook, seorang lagi penduduk tempatan bertanya kepadanya,

Sudah berapa tahun anda bersenam?

Kim Jong Kook menjawab,

25 tahun?

Lelaki itu kemudiannya menyatakan tanggapannya pada Kim Jong-kook,

Saya fikir anda seorang atlet.

Tonton video penuh Jong-kook di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...