Ikuti Kami:

Kim Jongkook Jentik Dahi Kuat, Penonton Kritik Babak ‘Ganas’ Dalam ‘My Little Old Boy’

Kim Jongkook Jentik Dahi Kuat, Penonton Kritik Babak ‘Ganas’ Dalam ‘My Little Old Boy’

Walaupun hanya sekadar hiburan namun nampaknya penonton kurang selesa dengan kelakuan ‘ganas’ dalam program “My Ugly Ducklings”.

Dalam episod terbaru “My Little Old Boy”, para ahli telah menyertai episod di mana mereka terbahagi kepada dua kumpulan dan menjalani pelbagai pertandingan.

Kumpulan Lee Sang-min yang bertarung dengan Kim Jun-ho, berjaya meraih kemenangan pada akhirnya. Dengan itu Heo Kyung-hwan diberi peluang untuk bermain ‘roulette’ dengan hadiah pasukan kemenangan tapi tanpa sengaja terpilih jentikan dahi oleh Kim Jong-kook.

kim jongkook heo kyunghwan

Tidak menahan kuasanya, lelaki berbadan sasa itu menjentik sekuat hati hingga mengejutkan ahli lain. Kata Oh Min-seok,

Saya terdengar seperti pokok dipukul.

Jawab Heo Kyung-hwan,

Kenapa belakang saya yang sakit walaupun dahi dipukul? Seperti otak saya ke belakang.

kim jongkook heo kyunghwan

Usik Kim Jong-min pula,

Wow, dia sangat kuat.

Walau bagaimanapun, penonton mengadu bahawa mereka agak kurang selesa dengan babak Kim Jong-kook menunjukkan kekuatannya. Meskipun mungkin bukan atas kerelaan lelaki itu tapi penulis juga bersalah kerana menganggap bahawa ‘kesakitan’ adalah hiburan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...