Ikuti Kami:

“Berlebihan Sangat” – Kim Jongkook Dikritik Bertindak Kasar Dalam ‘Running Man’

“Berlebihan Sangat” – Kim Jongkook Dikritik Bertindak Kasar Dalam ‘Running Man’

Umum mengetahui bahawa setiap ahli “Running Man” mempunyai personaliti tersendiri di dalam program itu.

Seperti Kim Jong-kook, dia terkenal dengan watak ‘tough’ ataupun ‘gangster’ seperti yang digelar oleh ahli lain.

Dalam episod ‘Perlumbaan Pelaburan’ kedua, Song Ji-hyo dan Haha telah menjadi murid Kim Jong-kook dalam misi menyelesaikan kuiz. Pun begitu, apabila pasukan Yoo Jae-suk mula mendahului, lelaki berbadan sasa itu mula memprotes dan menghentak tangan atau mengugut pasukan lawannya.

Dalam adegan lain, Kim Jong-kook dilihat mendekati Ji Suk-jin dan menendang kerusi di sebelahnya. Selain turut membuang beg milik lelaki tua itu ke tempat lain.

kim jongkook dikritik

Sepertinya tindakan kasarnya mendapat jelingan daripada penonton. Kata mereka,

Saya mahu dia berpada-pada apabila membawa konsep gangster.

Bahkan beberapa netizen lain turut bersetuju dengan pendapat tersebut,

Babak hari ini sangat mengejutkan.

 

Agak berlebihan sampai menendang kerusi dalam program hiburan.

 

Dengan gaya itu, dia akan membuatkan keganasan nampak seperti tiada apa-apa.

 

Sebab inilah, “Running Man” boleh dimansuhkan.

Namun, terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa semua itu hanyalah hiburan sahaja.

Kalau awak tak suka, janganlah tonton.

 

Kalau tak selesa, macam mana awak boleh tonton ‘Squid Game’.

Hmmm.. apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...