Ikuti Kami:

Tolak ‘Extraordinary Attorney Woo’, ‘Reborn Rich’ Jadi Drama Siri Mini Dengan Rating Tertinggi Bagi 2022

Tolak ‘Extraordinary Attorney Woo’, ‘Reborn Rich’ Jadi Drama Siri Mini Dengan Rating Tertinggi Bagi 2022

Tak salah “Reborn Rich” bersiaran pada tahun ini kerana nampaknya ia terus mencipta rekod yang memberangsangkan.

Baru separuh tayangan, drama JTBC itu telah pun menjadi drama bersiri mini yang menjadi tontonan tertinggi untuk 2022.

Pada 4 Disember, drama pembalasan dendam fantasi itu telah mencapai rating terbaik sepanjang tayangannya dengan catatan 19.449% sekaligus menduduki tempat pertama dalam slot tayangannya.

Menurut Nielsen Korea, episod ke-8 ini turut mengambil alih takhta “Extraordinary Attorney Woo” sebagai drama mini siri dengan rating tertinggi untuk tahun ini di mana rekod asalnya ialah 17.534%.

song joongki reborn rich

Sejak ditayangkan pada bulan lalu, “Reborn Rich” telah mengekalkan kenaikan rating pada saban episod. Dengan berbaki 8 episod sahaja lagi, ramai yang menantikan sejauh mana drama lakonan Song Joong-ki ini akan mengaut rating sebelum ia menamatkan tayangan.

Untuk pengetahuan, “Reborn Rich” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Ianya diterajui pelakon hebat seperti Song Joong-ki, Shin Hyun-been, Lee Sung-min dan ramai lagi.

Hebat lah “Reborn Rich”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...