Ikuti Kami:

Penonton Merungut Hubungan Cinta Song Joongki & Shin Hyunbin Ganggu Plot ‘Reborn Rich’?

Penonton Merungut Hubungan Cinta Song Joongki & Shin Hyunbin Ganggu Plot ‘Reborn Rich’?

Tipulah kalau ada yang cakap mereka tak pernah dengar mengenai drama “Reborn Rich” kan?

Sebanyak mana popularitinya, lebih mudah ianya menjadi sasaran bagi segelintir penonton yang mementingkan kesempurnaan.

Seperti yang semua ketahui, Jin Do-joon (Song Joong-ki) sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian untuk memusnahkan Soonyang menjadi kenyataan. Malah lelaki itu tidak lagi menyorokkan niat tersebut di hadapan datuknya, Jin Yang-cheol (Lee Sung-min) dan mengakui ingin membli empayar tersebut menggunakan duitnya sendiri.

song joongki reborn rich

Dalam proses untuk merealisasikan keinginan itu, watak yang dilakonkan Song Joong-ki itu turut dilihat menyimpan perasaan buat Seo Min-young (Shin Hyun-bin) dan sanggup menolak pelawaan Mo Hyun-bin (Park Ji-hyun) yang berkepentingan dalam proses membalas dendam itu.

Selepas tayangan episod itu, penonton memberikan respon negatif dengan hubungan cinta antara Jin Do-joon dan Seo Min-young. Hingga kini, tempoh kemunculan Seo Min-young hanyalah pada peringkat watak kecil sahaja. Jadi, rata-rata penonton meluahkan rasa keliru mengapa wanita itu digambarkan sebagai seseorang yang bermakna buat lelaki tersebut.

shin hyunbin song joongki

Bukan itu sahaja, ramai berkata hubungan cinta Jin Do-joon dan Seo Min-young sepertinya tidak penting berbanding dengan plot pewarisan Soonyang. Walaupun Shin Hyun-bin dinamakan sebagai pelakon utama namun ketegangan drama ini menurun mendadak setiap kali Seo Min-young muncul.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...