Ikuti Kami:

Pelbagai Sumber Dalam Industri Drama Korea Dedah Sebab Disebalik Kegagalan ‘The King: Eternal Monarch’

Pelbagai Sumber Dalam Industri Drama Korea Dedah Sebab Disebalik Kegagalan ‘The King: Eternal Monarch’

Nampaknya cahaya “The King: Eternal Monarch” kian malap semakin ia mendekati ke penghujungnya. Agak memeranjatkan kerana drama yang digarap oleh penulis popular iaitu Kim Eun-sook malahan diterajui oleh nama besar seperti Lee Min-ho dan Kim Go-eun pun tak dapat selamatkan naskhah ini.

Kim Eun-sook yang terkenal kerana berjaya menggarap banyak drama popular seperti “Goblin”, “The Descendants Of The Sun”, “The Heirs” dan banyak lagi nyata menyebabkan ramai lagi kecewa dengan kandungan “The King: Eternal Monarch” yang tak seberapa.

Adakah ini pengakhiran kepada zaman penaklukan Kim Eun-sook?

kegagalan the king: eternal monarch

Penonton memberikan kritikan yang hebat kepada drama fantasi ini kerana mengangkat jalan cerita yang ketinggalan zaman selain mempersembahkan sejarah antara Jepun dan Korea yang compang-camping. Sekaligus menerima cacian hebat sehingga pihak produksi terpaksa membuat permohonan maaf secara rasmi.

Disebabkan oleh respons negatif para penonton, banyak wakil daripada produser drama Korea dan pengkritik TV yang turut bersuara dan mengeluarkan pendapat mereka mengenai isu ini.

Sebesar mana pun jumlah wang yang dilaburkan, tak semestinya sesuatu drama itu akan berjaya.

Menurut seorang sumber daripada industri seni, gabungan Kim Eun-sook dan Lee Min-ho ternyata tidak membuahkan hasil.

Kedua-dua penulis Kim Eun-sook dan pelakon Lee Min-ho datang dengan tag harga yang tinggi. Berada pada peringkat tertinggi dalam dunia drama Korea tetapi hasil daripada kerjasama mereka nampaknya tak sepadan langsung dengan jumlah wang yang telah dilaburkan.

kegagalan the king: eternal monarch

“The King: Eternal Monarch” dikhabarkan telah menelan belanja lebih daripada RM 133 juta, nampak gayanya drama tersebut seperti jauh ketinggalan daripada apa yang dijangkakan oleh pihak produksi dan juga penonton.

Kalau dilihat daripada angka sahaja, pihak ‘The King: Eternal Monarch’ tak mengalami kerugian pun. Tindakan menjual drama ini pada SBS dan Netflix sebenarnya dah berjaya merangkumi hampir keseluruhan bajet produksi.

Pun begitu, tetap membimbangkan apabila drama ini telah memalitkan rekod buruk pada kedua figura terkenal didalamnya.

Aspek yang paling merisaukan ialah apabila seorang penulis berpengaruh dan pelakon terkenal bekerjasama namun hanya mampu menghasilkan sesuatu yang sangat mengecewakan.

Bahkan ada sumber lain yang menjangka bahawa kegagalan “The King: Eternal Monarch” ini mungkin akan mengubah landskap produksi K-Drama pada masa hadapan.

Besar juga kan impak “The King: Eternal Monarch”?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...