Ikuti Kami:

“Ini Hasil RM133 Juta?” – Grafik Komputer Dalam ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Tepuk Dahi!

“Ini Hasil RM133 Juta?” – Grafik Komputer Dalam ‘The King: Eternal Monarch’ Buat Penonton Tepuk Dahi!

Drama “The King: Eternal Monarch” sememangnya menjadi perhatian ramai kerana diterajui oleh jejaka pujaan iaitu Lee Min-ho dan juga pelakon serba boleh Kim Go-eun. Tambahan pula, kisah fantasi yang diketengahkan membuatkan penonton seperti berada di dunia lain.

Seperti yang semua ketahui, naskhah ini memberi fokus kepada dua latar belakang yang berbeza iaitu Republik Korea Selatan dan Kerajaan Corea. Bagi memberikan hasil yang realistik, pihak produksi telah menghabiskan belanja sebanyak 32 billion won (RM113 juta) dan angka ini adalah satu pelaburan yang besar kalau nak dibandingkan dengan drama lain.

the king: eternal monarch gagal capai jangkaan penonton

Pun begitu, dengan bajet yang dibelanjakan, namun hasil yang disajikan kepada penonton “The King: Eternal Monarch” sepertinya tidak berbaloi langsung. Ini kerana ramai yang tepuk dahi apabila melihat efek grafik komputer yang diguna pakai dalam episod baru-baru ini kerana ianya nampak selekeh dan tak profesional langsung!

grafik komputer dalam the king: eternal monarch dikritik

grafik komputer dalam the king: eternal monarch dikritik grafik komputer dalam the king: eternal monarch dikritik

Ada penonton yang mempersoalkan sama ada babak tersebut perlu dimasukkan langsung dalam tayangan selain mentertawakan usaha suntingan yang nampak kekok dan tak ‘bersih’ langsung!

Grafik komputer macam zaman 90-an dulu.

 

Bukan telan belanja yang banyak ke? Tak kan macam ini sahaja hasilnya?

 

Dah kenapa pula dengan belon itu?

 

Ini drama yang dihasilkan pada tahun 2020 kan….?

 

Pasukan grafik komputer untuk drama ‘Goblin’ memang tak boleh ditandingi..

 

Mana pergi semua duit belanja?

 

Cakap tak ada udara di alam itu tapi kenapa Lee Gon dan Jung Tae-eul boleh bernafas??

 

Ketinggalan zaman betul efek yang digunakan.

Lepas satu kritikan ke satu kritikan, tak sempat bertenang langsung drama “The King: Eternal Monarch”!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...