Ikuti Kami:

Telan Belanja Sebanyak RM113 Juta Tapi Rating Kian Menurun. Apa Cerita ‘The King: Eternal Monarch’?

Telan Belanja Sebanyak RM113 Juta Tapi Rating Kian Menurun. Apa Cerita ‘The King: Eternal Monarch’?

“The King: Eternal Monarch” ternyata mendapat perhatian bukan sahaja daripada penonton malahan ramai yang bekerja dalam industri drama Korea menantikan gabungan hebat di antara penulis Kim Eun-sook dan pengarah Baek Sang-hoon yang berjaya membawa drama “Descendants Of The Sun” ke persada dunia pada tahun 2016.

Rating yang merunsingkan

Baru sahaja 4 episod ditayangkan tetapi rata-rata penonton meluahkan rasa kecewa dengan penceritaan plotnya yang nampak compang-camping dan mengelirukan. Bayangkan ratingnya daripada episod pertama (11.4%) kian menurun, di mana episod ketiganya hanya meraih 7.8% dan episod yang terbaru ini mencatatkan 9.7%.

Terlampau berbeza jikalau nak dibandingkan dengan pesaing lain seperti “The World Of The Married” yang kini sudah melebihi 20% catatan ratingnya.

Telan belanja ratusan juta

Seperti yang penonton tahu, drama fantasi ini memberi fokus kepada dua latar belakang yang berbeza iaitu Republik Korea Selatan dan Kerajaan Corea. Bagi memberikan hasil yang realistik, pihak produksi telah menghabiskan belanja sebanyak 32 billion won (RM113 juta) dan angka ini adalah satu pelaburan yang besar kalau nak dibandingkan dengan drama lain.

the king: eternal monarch gagal capai jangkaan penonton

Kim Eun-sook bukanlah nama yang kecil nilainya malahan wanita ini dikenali di serata industri drama di negara tersebut sehingga ramai yang pasti beratur untuk berlakon dalam naskhah garapannya dek tuahnya yang sentiasa menjadi. Bahkan stesen televisyen pun pasti akan berebut dan menawarkan tawaran yang baik bagi memastikan naskhah penulis popular itu ditayangkan di bawah saluran kendalian mereka.

Karakter yang ketinggalan zaman

Pun begitu, karakter yang dibina Kim Eun-sook dalam “The King: Eternal Monarch” sepertinya sudah lapuk dek zaman. Dapat dilihat yang premis naskhah ini masih mengangkat kisah dongeng Cinderella yang bertemu dengan putera idamannya walaupun dunia kini lebih menitik beratkan kesaksamaan di antara gender. Lagi tak masuk akal apabila, seorang raja berkuasa jatuh cinta dan mengejar seorang detektif wanita yang biasa-biasa sahaja. Pelik!

the king: eternal monarch gagal capai jangkaan penonton

Tambahan pula watak Goo Seo-ryung (Jung Eun-chae) yang mempunyai latar belakang yang hebat sebagai perdana menteri wanita pertama dan yang termuda dalam sejarah Kerajaan Corea namun direndahkan dengan skrip yang entah apa-apa, “Saya gunakan bra berdawai untuk beri sokongan kepada saya”. Lagi tak masuk akal apabila tugas paling penting wanita itu adalah asyik melahirkan rasa cemburu apabila Lee Gon bersama dengan wanita lain.

Terdapat banyak drama menghiburkan dan dengan plot pelbagai yang sedang ditayangkan kini, jadi penonton tak kisah dengan jalan cerita yang lambat dan menggelikan. ‘The World Of The Married’ padat dengan saspens manakala ‘The King’ nampak longgar dengan adegan menggelikannya. Ia bukanlah suatu cerita yang boleh diterima ramai sekarang ini.

 

Buat pertama kalinya saya susah untuk memberi fokus kepada drama Kim Eun-sook. Terlampau banyak benda yang berlaku dalam plotnya sehingga saya tidak faham apa yang cuba disampaikan. Kesemua Lee Min-ho, Kim Go-eun dan Lee Jung-jin sepertinya melakukan hal sendiri dan bukannya menyambungkan plot yang ada.

 

Pertama sekali, plotnya adalah boring.

 

Kedua pelakon utamanya (Lee Min-ho dan Kim Go-eun) tidak menunjukkan kemajuan langsung, asyik tonjolkan lakonan yang sama sahaja. Mutu lakonan Jung Eun-chae dan Woo Do-hwan juga mengecewakan sehingga tak seronok untuk menontonnya.

 

Percaya untuk tidak tonton drama lakonan Lee Min-ho.

 

Kita duduk dalam generasi apa yang masih ada putera raja menunggang kuda putih.. Apalah gambaran yang dibayangkan oleh Kim Eun-sook mengenai wanita…

Bagi yang menonton, apa pula pendapat anda?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...