Ikuti Kami:

“Ini Drama Ke Home Shopping?” – ‘The King: Eternal Monarch’ Dikritik Terlalu Promosi Produk Untuk Buat Duit

“Ini Drama Ke Home Shopping?” – ‘The King: Eternal Monarch’ Dikritik Terlalu Promosi Produk Untuk Buat Duit

Pihak produksi “The King: Eternal Monarch” pasti penat hendak melayan pelbagai komen negatif daripada penonton mengenai drama tersebut. Daripada beberapa kesilapan teknikal mengenai catatan sejarah di antara Korea dengan Jepun ke efek grafik yang nampak janggal, setiap episod mesti dihujani dengan kritikan pedas.

Baru-baru ini, drama fantasi yang dibintangi Lee Min-ho dan Kim Go-eun ini menerima lagi ‘semburan berapi’ daripada orang ramai kerana terlalu memberikan fokus kepada PPL atau pun product placement. Kalau anda nak tahu, ini adalah satu perkara yang penting bagi K-Drama kerana ini merupakan cara mereka membuat wang dengan mengiklankan pelbagai produk dalam drama yang sedang ke udara.

Disebabkan oleh kepopularitian “The King: Eternal Monarch”, sudah banyak produk yang beratur untuk diselitkan di dalam drama itu sejak daripada awal pembikinannya lagi. Pun begitu, babak yang menampilkan pelbagai PPL itu terlampau sarat sehingga penonton mengeluh bahawa ia mengganggu konsentrasi mereka.

Topeng muka LED

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Bubble tea popular ‘The Alley’

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Paket kimchi goreng

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Kopi botol ‘Gotica Georgia Craft Americano’

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Balm muka

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Francais ayam popular ‘bbq chicken’

penonton kritik ppl dalm the king: eternal monarch

Gambar Lee Min-ho pegang kopi pun dah nampak kelakar… Kimchi goreng itu dah kenapa?

 

Drama ini dihasilkan untuk iklankan produk.

 

Sebab drama ini dah hancur, mereka terus pilih untuk buat duit dengan guna PPL.

 

Saya tak akan beli apa-apa yang diiklankan oleh drama ini, strategi pemasaran yang gagal.

 

Susah sangat ke supaya tak nampak jelasa sangat bahawa barangan itu adalah PPL? Kerja pemalas.

 

Rasanya produsernya rasa ‘Kita memang dan dibenci pun, apa salahnya kita perah duit iklan.'”

Bertabahlah pihak produksi “The King: Eternal Monarch”.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...