Ikuti Kami:

“Kesayangan Netflix” – Pelbagai Watak, Park Haesoo Muncul Dalam 7 Naskhah Ini Di Netflix

“Kesayangan Netflix” – Pelbagai Watak, Park Haesoo Muncul Dalam 7 Naskhah Ini Di Netflix

Sudah muncul dalam lebih 5 naskhah, Park Hae-soo nampaknya memang pelakon kesayangan Netflix.

Korang perasan tak, Park Hae-soo telah muncul dalam banyak drama dan filem terbitan Netflix. Selain “Squid Game”, pelakon itu juga turut membintangi filem “Time to Hunt”,  terbaru “Narco-Saints” dan banyak lagi.

Jom tengok senarai di bawah!

1. Squid Game (2021)

netflix squid game

Pertama sekali, pasti ramai sudah mengetahui tentang drama “Squid Game” yang mengisahkan tentang fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta), yang turut dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon. Dalam siri ini, Park Hae-soo membawa watak sebagai Cho Sang-woo.

2. Money Heist: Korea – Joint Economic Area (2022)

netflix money heist korea

Diadaptasi dari versi Sepanyol “Le Casa De Papel”, versi Korea “Money Heist – Joint Economic Area” menceritakan dunia di mana utara dan selatan Korea yang dalam usaha untuk digabungkan di mana mereka mempunyai akses bebas antara satu sama lain di suatu kawasan dipanggil ‘Joing Economic Area’. Walau bagaimanapun, dalam diam sekumpulan perompak merancang untuk melakukan rompakan besar-besaran sebanyak 4 trilion won dengan sekumpulan pihak berkuasa yang cuba menghalangnya. Park Hae-soo membawa watak sebagai Berlin, seorang bekas tahanan Korea Utara berusia 41 tahun di kem tahanan Kaechon, di mana dia menjalani tahanan selama 25 tahun sejak umur 9 tahun akibat percubaan pembelotan.

3. Time to Hunt (2020)

netflix time to hunt

“Time to Hunt” mengikuti Joon-seok (Lee Je-hoon) yang mahu meninggalkan bandar dan memulakan hidup baru. Untuk itu, dia membuat rancangan jenayah melulu. Dia meminta bantuan tiga rakan Ki-hoon (Choi Woo-shik), Jang-ho (Ahn Jae-hong) dan Sang-soo (Park Jung-min). Tidak lama kemudian, 4 lelaki ini dikejar oleh seorang lelaki misteri bernama Han (Park Hae-soo).

4. Yaksha: Ruthless Operations (2022)

netflix yaksha ruthless operations

Filem ini berdasarkan gelaran nama ‘Yaksha’ yang diambil daripada roh pemakan manusia, seorang ketua kejam daripada pasukan operasi gelap luar negara menjalani misi berbahaya di kota penuh perisik. Dalam filem ini, Park Hae-soo membawa watak Han Ji-hoo, seorang bekas pendakwa dari Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul dan pemeriksa NIS Cawangan Chenyang. Wataknya percaya bahawa keadilan harus ditegakkan melalui undang-undang.

5. Narco-Saints (2022)

netflix narco saints

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai seorang ‘raja’ dadah yang beroperasi di Amerika Syarikat namun, aktivitinya mula menjadi tumpuan Perkhidmatan Perisikan Negara. Park Hae-soo menghidupkan watak Choi Chang-ho, ejen Perkhidmatan Perisikan Negara yang menyelia operasi di benua Amerika.

6. Persona (2019)

netflix persona

“Persona” mempunyai 4 episod dan dibahagikan kepada empat segmen iaitu Love Set, Collector, Kiss Burn dan Walking at Night. Ianya dibintangi IU yang mengharungi pelbagai situasi dalam setiap episod. Park Hae-soo muncul sebagai Baek Jeong-u dalam segmen ‘Collector.

7. The Great Flood (Akan Datang)

netflix the great flood

“The Great Flood” ialah kisah bencana sci-fi yang berlaku pada hari-hari terakhir bumi apabila banjir besar melanda. Ia mengikuti kisah perjuangan di sebuah apartmen yang ditenggelami air, mempertaruhkan harapan terakhir bahawa manusia dapat bertahan. Dalam siri ini, Park Hae-soo akan menjadi salah seorang ahli pasukan keselamatan tenaga manusia yang cuba menyelamatkan orang ramai daripada banjir besar yang mengancam seluruh planet. Nantikan tayangan filem ini nanti!

Jadi, korang dah tonton ke semua naskhah lakonan Park Hae-soo di Netflix?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...