Ikuti Kami:

[REVIEW] Dibarisi Pelakon Hebat Dengan Plot Twist, Tapi ‘Narco-Saints’ Tampil Plot Klisé?

[REVIEW] Dibarisi Pelakon Hebat Dengan Plot Twist, Tapi ‘Narco-Saints’ Tampil Plot Klisé?

Merupakan antara siri Netflix yang dinantikan ramai, akhirnya “Narco-Saints” menemui penonton kelmarin.

Sinopsis

Drama bersiri ini mengisahkan mengenai seorang ‘raja’ dadah yang beroperasi di Amerika Syarikat namun, aktivitinya mula menjadi tumpuan Perkhidmatan Perisikan Negara.

Tokan dadah menggila

[Amaran SPOILER]

Kang In-gu (Ha Jung-woo) merupakan seorang yang sentiasa mencari peluang untuk membuat lebih banyak duit dek hidup daif sejak dari kecil. Mendengarkan bisnes hebat di Suriname, sebuah negara di Amerika-Latin, lelaki itu tidak melepaskan peluang ke sana untuk mengubah hidupnya. Bagai bulan jatuh ke riba apabila seorang lelaki Korea yang menjadi paderi terkenal di situ, Jeon Yo-hwan menghulurkan tangan untuk menjayakan projek berkenaan.

netflix narco-saints

Malang tidak berbau, ikan yang dieksport Kang In-gu didapati mempunyai bungkusan dadah di dalamnya dan dia disumbat ke dalam penjara. Tanpa pengetahuan, paderi berkenaan sebenarnya ialah tokan dadah besar di Suriname dan mempunyai pengikut tegar yang mempercayai ‘agama’ dibawanya dek diracuni ganja dan kokain.

Kang In-gu yang berada di dalam penjara cuba mencari jalan keluar sebelum didekati oleh ejen NIS, Choi Chang-ho yang memintanya untuk menjadi orang dalam bagi menumpaskan legasi Jeon Yo-hwan.

Walaupun bermula dengan pengkhianatan, Kang In-gu berjaya meyakinkan Jeon Yo-hwan bahawa dia ingin memulakan kembali bisnes mereka dengan bantuan seorang tokan besar di Brazil iaitu Sangman di mana lelaki itu sebenarnya ialah Choi Chang-ho yang menyamar untuk mengukuhkan lagi penyamaran mereka.

netflix narco-saints

Bagi memastikan Jeon Yo-hwan tumpas, paderi itu perlu menjalankan bisnesnya di tanah Amerika Syarikat memandangkan dia mempunyai ‘kabel’ yang kuat di Suriname iaitu presiden negara itu sendiri. Keadaan mula berantakan apabila Jeon Yo-hwan mendapati bahawa terdapat tali barut di dalam gengnya dan dia mula memerhati setiap pergerakan Kang In-gu, dan orang kanannya yang lain iaitu Byun Ki-tae yang merupakan bekas geng kumpulan China dan Yoo Yeon-seok, seorang yang berasal dari Amerika Syarikat.

Dalam beberapa episod akhir, penonton akan menyaksikan siapakah pembelot yang cuba menjatuhkan Jeon Yo-hwan dan sekiranya paderi itu dapat ditumpaskan.

Jenayah thriller klisé

Seperti yang sering ditonton dalam naskhah jenayah thriller lain, “Narco-Saints” tidak lari daripada ramuan asal iaitu dadah, jenayah, pergaduhan berdarah, pengkhianat, ejen penyiasat dan keluarga.

netflix narco-saints

Malah siri 6 episod ini memberikan kesudahan yang biasa-biasa sahaja tanpa perasaan memuncak apabila mencapai klimaks cerita. Malah “Suriname” sepertinya akan lebih menarik sekiranya melewati lebih mendalam ajaran sesat yang diamalkan Jeon Yo-hwan kerana ia sepertinya tergantung tanpa penyelesaian hingga ke sudah.

Hanya yang mampu diberikan pujian ialah lakonan hebat Hwang Jung-min, Ha Jung-woo, Park Hae-soo, Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok dan lain-lain di mana ia merupakan faktor utama mengapa semua perlu menonton hingga ke penghujung siri.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...