‘Squid Game’ Lebih Sebulan No 1 Di Ranking Global Netflix

netflix squid game

Nampaknya masih belum ada siri Netflix baru yang boleh menolak “Squid Game” daripada takhtanya.

Menurut laporan, siri arahan Hwang Dong-hyuk itu sudah pun 35 hari berada di tangga No 1 dalam ranking Global Netflix.

Untuk pengetahuan, ia adalah drama fantasi gelap mengenai sebuah permainan survival misteri dengan tawaran ganjaran sebanyak 45.6 bilion won (RM163.5 juta) yang dibintangi oleh pelakon popular seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Heo Sung-tae, Wi Ha-joon dan Jung Ho-yeon.

netflix squid game

Dalam pada itu, “My Name” dan “Hometown Cha Cha Cha” merupakan antara K-Drama lain yang tersenarai dalam ranking itu kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

2 KOMEN

Leave a Reply