Ikuti Kami:

Kisah Bencana Banjir, Kim Dami & Park Haesoo Sah Terajui Filem Netflix ‘The Great Flood’

Kisah Bencana Banjir, Kim Dami & Park Haesoo Sah Terajui Filem Netflix ‘The Great Flood’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Kim Da-mi bersama Park Hae-soo dalam filem Netflix baharu.

Pada 2 Ogos, Netflix Korea telah mengesahkan bahawa Kim Da-mi dan Park Hae-soo bakal terajui filem “The Great Flood”.

Untuk pengetahuan, “The Great Flood” ialah kisah bencana sci-fi yang berlaku pada hari-hari terakhir bumi apabila banjir besar melanda. Ia mengikuti kisah perjuangan di sebuah apartmen yang ditenggelami air, mempertaruhkan harapan terakhir bahawa manusia dapat bertahan.

Dalam filem ini, Kim Da-mi akan berperan sebagai seorang penyelidik pembangunan kecerdasan buatan yang juga sedang bergelut untuk bertahan dalam tsunami besar. Manakala Park Hae-soo akan menjadi salah seorang ahli pasukan keselamatan tenaga manusia yang cuba menyelamatkan orang ramai daripada banjir besar yang mengancam seluruh planet.

Nantikan keluaran filem “The Great Flood” di Netflix nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...