Berita gembira buat peminat drama Korea!
Dengan pelbagai K-Drama menarik telah ditayangkan pada bulan Februari, penonton akan disajikan dengan lebih banyak lagi nakshah, bakal disiarkan pada Mac nanti.
Jom KimchiDaily kongsikan antara drama yang bakal ditayangkan pada Mac ini!
THE GLORY 2
“The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam. Bahagian 2 drama ini akan memfokuskan kepada watak Song Hye-kyo yang akan membalas dendam kepada setiap pembulinya.
Pelakon utama: Song Hye-kyo, Lim Ji-yeon, Lee Do-hyun, Jung Sung-il
Tarikh tayangan: 10 Mac
Platform: Netflix
JOSEON ATTORNEY
“Joseon Attorney” mengisahkan tentang seorang peguam yang ingin membalas dendam terhadap musuh yang membunuh ibu bapanya. Dalam naskhah ini, Woo Do-hwan merupakan seorang peguam yang mempunyai daya tarikan dan kecerdasan yang hebat.
Pelakon utama: Woo Do-hwan, Bona WJSN, Cha Hak-yeon
Tarikh tayangan: 31 Mac
Platform: MBC
DELIVERY MAN
“Delivery Man” akan menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang dapat melihat hantu dan mereka bekerjasama untuk menyelesaikan jenayah.
Pelakon utama: Yoon Chan-young, Bang Mi-nah
Tarikh tayangan: 1 Mac
Platform: TVING, Viki, Viu
OASIS
“Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.
Pelakon utama: Jang Dong-yoon, Seol In-ah, Choo Young-woo
Tarikh tayangan: 6 Mac
Platform: KBS
PANDORA: BENEATH THE PARADISE
Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.
Pelakon utama: Lee Ji-ah, Lee Sang-yoon, Jang Hee-jin, Park Ki-woong
Tarikh tayangan: 11 Mac
Platform: tvN
ROMANTIC GUEST HOUSE
“Romantic Guest House” ialah sebuah drama percintaan misteri yang mengisahkan tentang empat remaja termasuk Yoon Dan-oh (Shin Ye-eun), pemilik rumah tamu Yihwawon yang bebas daripada stereotaip, dan tiga pelajar asrama yang menyimpan rahsia.
Pelakon utama: Shin Ye-eun, Ryeoun, Kang Hoon, Jung Gun-joo
Tarikh tayangan: 20 Mac
Platform: SBS, Viki
DIVORCE ATTORNEY SHIN
Berdasarkan webtoon popular, “Divorce Attorney Shin” akan menceritakan kisah seorang peguam perceraian berbakat yang bernama Shin Sung-han, bekas pemain piano klasik yang tiba-tiba menukar laluan kerjayanya kepada undang-undang perceraian apabila dia menerima berita yang mengejutkan.
Pelakon utama: Cho Seung-woo, Han Hye-jin, Kim Sung-kyun, Jung Moon-sung
Tarikh tayangan: 4 Mac
Platform: JTBC, Netflix
DUTY AFTER SCHOOL
https://www.youtube.com/watch?v=6BJJDj5magI
“Duty After School” ialah drama thriller sains fiksyen yang membawa kisah semua pelajar di seluruh Korea terpaksa menyertai tentera dan berlawan makhluk asing bagi menambah markah ekstra sebelum peperiksaan kebangsaan.
Pelakon utama: Shin Hyun-soo, Lee Chun-ho, Im Se-mi, Park Eun-young
Tarikh tayangan: 31 Mac
Platform: TVING
Jadi, korang paling teruja nak tonton drama yang mana?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉