Ikuti Kami:

Berjuang Demi Cinta Pertama, ‘Oasis’ Diterajui Jang Dongyoon & Seol Inah Lancar Video Trailer

Berjuang Demi Cinta Pertama, ‘Oasis’ Diterajui Jang Dongyoon & Seol Inah Lancar Video Trailer

Siap sedia semua untuk saksikan drama baru bakal ditayangkan pada Mac nanti!

Akan datang, drama “Oasis” yang diterajui Seol In-ah, Jang Dong-yoon dan Chu Young-woo bakal menemui penonton pada 6 Mac nanti.

Untuk pengetahuan, “Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.

Menerusi video teaser yang dikeluarkan, penonton dibawa kembali ke masa lalu apabila Lee Doo-hak (Jang Dong-yoon) dan Choi Cheol-woong (Chu Young-woo) dihukum kerana kenakalan mereka ketika zaman sekolah.

Kemudian apabila melihat Oh Jung-shin (Seol In-ah), kedua-kedua lelaki itu terpegun melihat kecantikannya. Namun, video trailer itu berakhir dengan dialog yang penuh dengan tanda tanya dari Doo-hak yang berbunyi,

Jika saya tidak bertemu dengan awak, adakah nasib saya akan berbeza?

Jangan lupa nantikan drama “Oasis” bakal ditayangkan pada 6 Mac ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...