Ikuti Kami:

Kisah Balas Dendam, Lee Jiah Kongsi Sebab ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Berbeza

Kisah Balas Dendam, Lee Jiah Kongsi Sebab ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Berbeza

Selepas “The Penthouse”, Lee Ji-ah akan sekali lagi bekerjasama dengan penulis Kim Soon-ok untuk drama baru berjudul “Pandora: Beneath The Paradise”.

Untuk pengetahuan, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

Dalam drama ini, Lee Ji-ah akan menghidupkan watak sebagai Hong Tae-ra, seorang wanita yang hilang ingatan dan hidup dalam kehidupan yang dicemburui sesiapa sahaja. Apabila suaminya yang kaya dan berjaya iaitu Pyo Jae-hyun (Lee Sang-yoon) memutuskan untuk bertanding jawatan presiden, hidupnya mula menjadi tumpuan orang ramai. Namun, apabila ingatannya kembali, Hong Tae-ra sedar bahawa hidupnya yang kelihatan sempurna adalah rekaan yang dirancang oleh orang lain, sebahagian daripada rancangan besar yang licik.

tvN pandora: beneath the paradise

Ketika sesi temu bual, Lee Ji-ah berkongsi sebab dia memilih untuk bersatu semula dengan penulis Kim Soon-ok selepas “The Penthouse”.

Skripnya sangat bagus sehinggakan ketika saya mula membacanya, saya terus terpikat dengan watak Hong Tae-ra. Saya juga mendengar betapa berbakatnya pengarah Choi Young-hoon, jadi tidak ada sebab untuk saya tidak melakukan drama ini.

Kemudian, pelakon wanita itu turut menjelaskan mengapa drama “Pandora: Beneath The Paradise” ini berbeza dari naskhah lain,

Saya percaya bahawa produksi yang hebat dibuat apabila penulis, pengarah dan pelakon semuanya bersatu dengan baik. Pelakon dan kru kami benar-benar bersatu jadi, saya rasa penonton akan dapat merasai keharmonian dan ikatan yang erat itu. Saya rasa itulah yang membezakan drama kami.

Dalam pada itu, “Pandora: Beneath The Paradise” akan mula ditayangkan pada 11 Mac ini.

Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...