Utama Drama Korea “‘The Penthouse’ Beri Perubahan Terbesar Dalam Kerjaya Saya” – Kim Soyeon

“‘The Penthouse’ Beri Perubahan Terbesar Dalam Kerjaya Saya” – Kim Soyeon

kim soyeon

Baru-baru ini, pelakon Kim So-yeon telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah ARENA.

Ketika awal sesi temu bual, Kim So-yeon berkongsi bagaimana wataknya dalam drama “The Penthouse” telah berjaya mengubah hidupnya dan tekanan untuk melepaskan dirinya dari watak Cheon Seon-jin. Jelasnya,

Watak itu memberi perubahan terbesar dalam kerjaya saya. Tetapi sekarang saya mempunyai tugas baru untuk ditangani iaitu untuk mencipta watak baru yang berbeza sepenuhnya dari Cheon Seo-jin.

Kemudian, pelakon itu turut menjelaskan perasaan gementarnya setiap kali ingin memulakan penggambaran,

Saya masih takut pergi ke set atau bercakap dengan orang. Saya sentiasa berasa sangat gementar pada hari pertama penggambaran dan mengambil Cheongsimhwan (ubat tradisional Korea) setiap kali saya perlu menghadiri sesi pembacaan skrip.

kim soyeon

Tambah Kim So-yeon lagi,

Namun, di sebalik semua ketakutan saya, saya sentiasa merindui berada di set dan penggambaran projek setiap kali saya berada di antara kerja lain.

Dalam pada itu, Kim So-yeon akan menemui penonton dalam drama “Tale Of The Nine Tailed 1938”, membintangi bersama Lee Dong-wook, Kim Bum dan Ryu Kyung-soo.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERiMBC
Loading...