Ikuti Kami:

Lee Dongwook, Kim Soyeon, Kim Bum & Ryu Kyungsoo Sah Terajui ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’

Lee Dongwook, Kim Soyeon, Kim Bum & Ryu Kyungsoo Sah Terajui ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’

Akhirnya, sekuel “Tale Of The Nine Tailed” sudah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya.

“Tale Of The Nine Tailed 1938” akan diterajui oleh kisah Lee Yeon, seorang rubah berekor sembilan yang mendarat semula di era kekalutan pada tahun 1938. Berdasarkan dunia pelbagai Tuhan dan hantu, ianya dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama.

Bukan itu sahaja, perjumpaan Lee Dong-wook, Kim So-yeon, Kim Bum dan Ryu Kyung-soo turut menarik perhatian ramai. Lee Dong-wook sekali lagi akan memainkan watak Lee Yeon dengan persona unik. Lelaki itu yang mempunyai penamat bahagia dalam musim pertama bersama Nam Ji-ah bagaimanapun terperangkap dalam satu insiden tidak dijangka dan perlu kembali ke 1938.

tvn tale of the nine tailed 1938

Lee Rang juga akan kembali dilakonkan oleh Kim Bum. Meskipun sudah mempunyai kesudahan bahagia bersama Lee Yeon pada musim lalu namun semuanya berubah apabila mereka kembali ke 1938 di mana pada ketika itu, dia masih lagi mempunyai personaliti memberontak.

Bagi menguatkan lagi musim kedua ini, “Tale Of The Nine Tailed 1938” bakal disertai dengan muka baru seperti Kim So-yeon. Wanita itu akan membawa watak Ryu Hong-ju, pemilik Myoyeon-gak iaitu sebuah restoran mewah di Gyeongseong dan merupakan bekas tuhan pergunungan barat. Kembali berjumpa dengan Lee Yeon yang sekian lama dirinduinya, membuatkan kehidupan Ryu Hong-ju berubah menyeronokkan.

tvn tale of the nine tailed 1938

Ryu Kyung-soo pula akan membawa watak Chun Mu-yeong, seorang lelaki yang menyelamatkan si mati. Bekas tuhan pergunungan utara, dia merupakan satu-satunya rakan Lee Yeon dan Ryu Hong-ju. Namun disebabkan satu kejadian, dia menanam perasan ralat terhadap lelaki itu. Dia kemudiannya menyertai sebuah pertempuran yang tidak dapat dielakkan bersama rakan lamanya tersebut.

“Tale Of The Nine Tailed 1938” bakal ditayangkan pada 2023.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...