Merupakan selebriti yang diminati ramai namun, Jennie BLACKPINK seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi.
BACA: “Macam Filem” – Penuh Aksi & Karisma, Lakonan Jennie BP Untuk Iklan ‘Tamburins’ Buat Peminat Teruja
Terbaru pada 25 September, BLACKPINK telah mengadakan perjumpaan bersama peminat secara bersemuka untuk tandatangan album “BORN PINK”. Seorang peminat bertuah yang menghadiri acara itu berkongsi satu video Jennie di media sosial dengan kapsyen ditulis,
Saya tidak bermaksud untuk membuatnya menangis. Kim Jennie, tolong gembira sepanjang masa.
https://twitter.com/jennieedyou/status/1574017776305721346
Kemudian, peminat tersebut turut berkongsi apa yang diucapkannya kepada Jennie dengan menulis,
Saya berkata kepadanya, ‘Tidak kira apa yang awak lakukan, kami akan bersorak untuk Jennie, Jennie hanya perlu melihat ke hadapan dan menjadi Jennie, awak hebat’.
Terharu mendengar kata-kata semangat dari peminatnya itu, Jennie memberi respon,
Jangan buat saya menangis.
Sekadar info, sebelum ini, Jennie terpalit dengan khabar angin bercinta dengan V BTS dan banyak foto peribadi dari telefonnya telah tersebar.
Ramai tau yang sokong Jennie.