Ikuti Kami:

Foto Peribadi Terus Tersebar, Peminat Minta YG Entertainment Lindungi Jennie BP

Foto Peribadi Terus Tersebar, Peminat Minta YG Entertainment Lindungi Jennie BP

Rasanya ramai mengetahui bahawa gambar peribadi Jennie BLACKPINK berterusan disebarkan tanpa kawalan sejak beberapa minggu ini,

Bahkan ianya melibatkan kehidupan peribadi wanita itu bersama kekasih (kononnya V BTS) lantas ia menimbulkan khabar angin tidak berasa yang menjejaskan kehidupan seharian Jennie dan semua di sekelilingnya.

Meskipun dianggap serius, kedua-dua agensi yang terlibat iaitu YG Entertainment dan Big Hit Music dilihat lebih senang mendiamkan diri.

jennie v

Terbaru, persatuan peminat terbesar jennie seperti Jennie DC Gallery, CHINA JENNIE BAR dan lain-lain telah membina ‘Jennie Global Fan Union’ dan mengeluarkan kenyataan meminta YG Entertainment memberikan respon rasmi mengenai hal ini,

Sejak beberapa minggu ini, kami sering berkomunikasi betapa seriusnya ini kepada YG Entertainment dan wakil berkaitan tentang perlindungan peribadi buat Jennie, namun permintaan peminat menemui kegagalan.

Tambah mereka,

Tak pasti apa niat individu tersebut, namun foto mula tersebar dan ramai yang mengambilnya secara buruk. Ini ialah pelanggaran privasi dan isu fitnah yang perlu diberikan respon secara undang-undang oleh YG Entertainment.

jennie blackpink

Ulas lagi,

Kerana kami tahu mengenai isu ini yang sensitif, agak sukar untuk menjangkakan tindakan pantas dan keputusan serta-merta. Pun begitu, pilihan YG Entertainment untuk kekal diam agak sukar untuk difahami. Kami hanya mahukan mereka untuk memberikan respon rasmi untuk menjelaskan posisi syarikat untuk melindungi artis mereka. Kami meminta notis tindakan undang-undang rasmi buat sesiapa yang menggunakan isu ini untuk menyebabkan kerosakan buat Jennie, menyebarkan berita palsu dan fitnah.

Akhir kata,

Adalah tugas lahiriah syarikat untuk melindungi artis. Kami berharap agar anda menerima permintaan peminat kali ini.

Dalam pada itu, BLACKPINK baru sahaja meriliskan album penuh kedua mereka iaitu ‘BORN PINK’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...